Posts Tagged ‘songkok’

Aku Kena Tag

Thursday, November 29th, 2007

Tag ini adalah dari syahid_zul dari http://melayubuntu.blogspot.com . Dikehendaki menyenaraikan 7 perkara pelik yang pelik tentang saya.
Inilah perkara-perkara pelik tersebut. Harap dapat diterima.
1. Saya Masuk Askar
Perkara ini memang sangat pelik kerana sejak dahulu kala zaman datuk nenek saya lagi tiada keturunan saya yang menyertai bidang ketenteraan ini. Saya lah pelopor yang menyertai tentera kerana semangat saya ingin berjuang mempertahankan negara. Tambahan pula di sekitar kawasan perumahan saya tiada siapa yang berkhidmat sebagai anggota tentera. Mungkin usaha saya ini sebagai satu fardhu kifayah.

2. Penyakit Ganjil Saya Bila Berada di Bumi Melaka
Ayah saya berketurunan Melayu berasal dari Telok Mas, Melaka manakala emak saya berketurunan Jawa berasal dari Pontian, Johor. Setiap kali tiba Hari Raya, kami sekeluarga pasti akan pulang ke kampung ayah di Melaka terlebih dahulu untuk berhari Raya. Setiap tahun itu jugalah saya akan ditimpa penyakit ganjil. Akibatnya pagi-pagi Raya dah gi jumpa doktor. Tapi doktor kata takde pape. Penyakit ni tak lah sakit, cuma pelik je. Saya masih boleh beraya. Adik beradik saya yang lain tak kena pon penyakit ni. Tapi saya seorang je yang kena. Namun begitu ia nya sudah tiada lagi sejak saya meningkat dewasa. Abang-abang saya cakap, saya memang tak boleh jejak kan kaki ke bumi Melaka. Sekarang sumpahan itu mungkin sudah terungkai.
(more…)