Posts Tagged ‘segar’

4 Years and Still Counting

Sunday, March 2nd, 2008

Bila saya imbas kembali 4 tahun dulu, Mac 2004, saya masih bersekolah dalam tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah berasrama di Negeri Sembilan. Dan masih segar dalam ingatan pada bulan Mac 2004 itu, sekolah saya bercuti selama seminggu. Dalam masa seminggu lah secara tidak disangka saya telah berkenalan dengan seorang gadis. Perkenalan bermula di alam maya apabila saya dengan slumber telah memberikan komen kepada gambar kenalan saya di Internet, Elaina, yang menyatakan hasrat saya untuk berkenalan dengan kawan nya di dalam gambar itu. Saya cuma bergurau dan tanpa disangka, komen saya disampaikan kepada kenalan nya itu. Saya pon mula berkenalan dengan A. Bermula dengan e-mail. Kami berbalas-balas e-mail dan selepas beberapa bulan kami bertukar nombor telefon. Pada waktu itu, telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa ke sekolah, saya hanya menggunakan telefon awam untuk menghubungi si dia. Saya seorang yang pemalu dengan perempuan kerana saya bersekolah di sekolah satu jantina je. Mungkin kerana sifat saya yang pemalu dengan teman berlainan jantina saya hanya berkawan dengan si dia hingga bulan Disember 2004. Itu pon masih malu lagi. Selepas peperiksaan SPM, saya mengambil keputusan untuk bertemu dengan nya di Kuantan. Mula-mula memang malu, maklumlah pertama kali jumpa. Dari Batu Pahat, Johor saya ke Kuantan, Pahang. (more…)