Posts Tagged ‘macam’

5 Pertama Dalam Hidup Aku

Saturday, April 5th, 2008


Ucapan terima kasih untuk afham kerana telah tag saya tentang 5 perkara pertama dalam hidup saya. Saya pon dah lama tak buat tag. Jadi saya terasa ingin membuat tag ini walaupon lambat sedikit dek kerana kesibukan yang amat sangat.5 perkara pertama yang pernah berlaku dalam hidup ini ialah: (more…)

Nokia N81 8GB and Sony Ericsson P1i :Part 2

Wednesday, February 27th, 2008

Sabtu lepas 23 Februari 2008, kami ke Low Yat Plaza. Tujuan untuk survey harga handphone idaman kami. Shaz sukakan Nokia Nseries iaitu Nokia N81. Aku idamkan Sony Ericsson P1i itu kerana aku telah lama menggunakan Nokia, aku ingin rasakan kehebatan Sony Ericsson pula. Survey punya survey satu floor yang memang semua kedai jual handphone akhirnya ada satu tawaran yang menarik perhatian kami. Pada mulanya Shaz hanya mahukan Nokia N81 tetapi jurujual mengatakan tiada stock untuk N81, jadi Shaz pun bertanyakan Nokia N81 8GB yang ternyata lebih hebat lagi. Setelah berbincang dan tawar menawar dengan seorang jurujual cina yang sangat peramah itu, akhirnya kami bersetuju dengan harga RM1400 untuk Sony Ericsson P1i dan RM 1450 untuk Nokia N81 8GB. (more…)

Masalah Maxis dan Complaint :Part 1

Tuesday, February 26th, 2008

Boycott MaxisSabtu yang lepas Shaz dan aku ke KLCC. Tujuan nya untuk menamatkan perkhidmatan Maxis Broadband yang bermasalah sejak tahun lepas tak setel2 tu. Pihak syarikat Ah Long pengutip hutang bawah Maxis asyik call aku suruh bayar bil sedangkan aku tak pernah nampak pon bayang modem Maxis tu.

Jejak kaki je kat Maxis Center tu aku blur tak tau nak ke kaunter yang mana. Sebab aku tengok semua orang sibuk dengan urusan mereka termasuk complaint servis Maxis yang memang tak bagus. Aku terus ke kaunter tertulis Reception. Beratur sebentar, tiba-tiba pak guard tegur tanya nak apa. Aku explain problem aku. Kemudian, dia suruh aku pergi kaunter Maxis Broadband. Beratur lagi! Pak guard yang berlagak macam pandai tu terus ke depan tanye kat orang yang jaga kaunter Maxis Broadband tu. Pak guard kembali kepada aku dan suruh ke reception semula. Adooi! Apa kes ni? Beratur balik. Sampai je turn aku kat kaunter Reception, pekerja Maxis bernama Steven Gerard tu pon tanya urusan aku? Aku start je cerita, tapi baru sampai separuh, tak habis lagi dia dah tekan satu button dekat dengan aku dan koyak kertas bagi aku nombor giliran. Pelik aku! Aku agak mungkin dia tak paham aku cakap apa sebab tu dia terus ambil nombor giliran untuk aku. (more…)

Superpower Tag

Friday, February 8th, 2008

Batman
Kena tag dengan saudari catzer dalam post beliau Tag Super Catzer . Sorry sebab lambat skit. Apapon saya tidak akan menghampakan beliau.

1. Apa superpower idaman anda