Posts Tagged ‘kampung’

Happy Birthday Adik and Hari Raya

Monday, September 29th, 2008

Hari ini 29 September 2008 dan genaplah 10 tahun umur adik bongsu saya iaitu Ahmad Shahmi..Selamat hari lahir adik mie..semoga sentiasa dirahmati Allah dan berjaya dalam hidup..:)
Oleh kerana hari raya pun dah dekat, maka persiapan lebih kepada menyambut hari raya..pagi-pagi lagi saya dan emak dah pergi ke pasar membeli barang-barang persiapan untuk menyambut hari raya memandangkan tahun ini kami sekeluarga tak pulang ke kampung..walau bagaimanapun, kami tetap tak lupa membeli sebiji kek harijadi kepada adik mie..hehe.. (more…)

4 Years and Still Counting

Sunday, March 2nd, 2008

Bila saya imbas kembali 4 tahun dulu, Mac 2004, saya masih bersekolah dalam tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah berasrama di Negeri Sembilan. Dan masih segar dalam ingatan pada bulan Mac 2004 itu, sekolah saya bercuti selama seminggu. Dalam masa seminggu lah secara tidak disangka saya telah berkenalan dengan seorang gadis. Perkenalan bermula di alam maya apabila saya dengan slumber telah memberikan komen kepada gambar kenalan saya di Internet, Elaina, yang menyatakan hasrat saya untuk berkenalan dengan kawan nya di dalam gambar itu. Saya cuma bergurau dan tanpa disangka, komen saya disampaikan kepada kenalan nya itu. Saya pon mula berkenalan dengan A. Bermula dengan e-mail. Kami berbalas-balas e-mail dan selepas beberapa bulan kami bertukar nombor telefon. Pada waktu itu, telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa ke sekolah, saya hanya menggunakan telefon awam untuk menghubungi si dia. Saya seorang yang pemalu dengan perempuan kerana saya bersekolah di sekolah satu jantina je. Mungkin kerana sifat saya yang pemalu dengan teman berlainan jantina saya hanya berkawan dengan si dia hingga bulan Disember 2004. Itu pon masih malu lagi. Selepas peperiksaan SPM, saya mengambil keputusan untuk bertemu dengan nya di Kuantan. Mula-mula memang malu, maklumlah pertama kali jumpa. Dari Batu Pahat, Johor saya ke Kuantan, Pahang. (more…)