Port Dickson Trip
Friday, March 14th, 2008
Wah..sudah lama saya tidak menulis sebarang entri di blog ini..ini semua disebabkan kesibukan yang amat sangat telah melanda diriku ini..hehe..lama tidak menulis tetiba hari ini hati saya tergerak untuk menulis sesuatu di blog tercinta ini..
Dua minggu yang lepas, saya dan rakan sekelas telah pergi berlibur ke Port Dickson. Sebenarnya trip ini sudah lama dirancang sejak bulan lalu tetapi memandangkan kami terlalu sibuk dengan assignments, maka rancangan ini terpaksa ditunda sehinggalah tarikh 01 Mac 2008. Kami berjanji untuk berkumpul di fakulti pada jam 7.30 pagi sebelum berkonvoi ke Port Dickson beramai-ramai.Tetapi biasalah janji Melayu.Janjinya jam 7.30 tetapi jam 7.15 baru bangun dari tidur yang nyenyak..alahai.Jam 9 barulah rakan kami tiba dengan muka tersengih-sengih seperti kerang busuk kerana terlewat sampai.Katanya terlewat bangun.Alahai..Maka perjalanan diteruskan tepat jam 9.30 pagi sebaik bacaan doa dibacakan oleh rakan kami, Najib. Kami berkonvoi sebanyak 3 buah kereta iaitu Myvi, Proton Wira dan Hyundai Accent. Saya, ita, nurin, adah dan pija menaiki kereta Hyundai Accent milik rakan saya, yb memandangkan kereta tersebut agak besar berbanding 2 buah kereta yang lain. (more…)