Posts Tagged ‘bas konsortium’

Pulau Pangkor: Percutian Indah Tak Dapat Dilupa

Thursday, February 7th, 2008

Jeti Lumut

Aizat menghilang? Oh! tidak! Sebenarnya saya pergi bercuti. Untuk merehatkan minda. Saya bercuti ke Pulau Pangkor. Inilah catatan pengalaman saya sepanjang bercuti ke Pulau Pangkor minggu lalu. Mungkin juga boleh dijadikan panduan jika anda ingin bercuti ke Pulau Pangkor nanti.

Jumaat 1 Februari 2008

1500H - Saya bertolak meninggalkan bumi Sungai Besi. Tujuan saya untuk ke rumah abang saya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur meninggalkan beberapa barang yang tidak diperlukan seperti laptop dan pakaian. Dalam perjalanan, berjumpa dengan Shaz di Stesen STAR Tasik Selatan. Ke Pantai Dalam bersama Shaz. Kemudian, solat asar di rumah abang. Lepak-lepak dan jalan-jalan bersama Shaz di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Shaz nak cari tudung tapi tiada satu pon yang berkenan di hati. (more…)