Posts Tagged ‘bangsa melayu’

Lagu Rasa Sayang Milik Bersama

Friday, December 14th, 2007

Rasa Sayang MalaysiaHari ini saya rasa terpanggil untuk menulis sesuatu setelah sekian lama saya pendamkan hasrat ini. Lebih baik saya menggunakan Bahasa Melayu kerana ini berkaitan dengan bangsa dan budaya kita. Lagu Rasa Sayang merupakan lagu rakyat dari gugusan kepulauan Melayu yang sering kita lihat iklannya di kaca TV untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Namun begitu, konflik timbul apabila pihak Indonesia mendakwa lagu Rasa Sayang adalah milik mereka dan Malaysia telah menggunakan lagu tersebut tanpa izin Indonesia. Surat khabar di Indonesia memaparkan bahawa Hakam Naja, ahli Indonesian House of Representatives menyebut jika kerajaan Indonesia dapat membuktikan bahawa lagu tersebut milik Indonesia, kerajaan Malaysia akan disaman oleh mereka. Begitu juga Presiden Parti Golkar, Priyo Budi Santoso yang menyatakan Malaysia menggunakan lagu tersebut tanpa kebenaran Indonesia. (more…)