Lagu Rasa Sayang Milik Bersama
December 14th, 2007 Aizat News
Hari ini saya rasa terpanggil untuk menulis sesuatu setelah sekian lama saya pendamkan hasrat ini. Lebih baik saya menggunakan Bahasa Melayu kerana ini berkaitan dengan bangsa dan budaya kita. Lagu Rasa Sayang merupakan lagu rakyat dari gugusan kepulauan Melayu yang sering kita lihat iklannya di kaca TV untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Namun begitu, konflik timbul apabila pihak Indonesia mendakwa lagu Rasa Sayang adalah milik mereka dan Malaysia telah menggunakan lagu tersebut tanpa izin Indonesia. Surat khabar di Indonesia memaparkan bahawa Hakam Naja, ahli Indonesian House of Representatives menyebut jika kerajaan Indonesia dapat membuktikan bahawa lagu tersebut milik Indonesia, kerajaan Malaysia akan disaman oleh mereka. Begitu juga Presiden Parti Golkar, Priyo Budi Santoso yang menyatakan Malaysia menggunakan lagu tersebut tanpa kebenaran Indonesia.
Jika Malaysia mahu menggunakan musik tradisi Indonesia, Malaysia harus mintak ijin dulu kerana itu layaknya warisan Indonesia.-dialih bahasa dari Bahasa English ke bahasa Indonesia broken-
Manakala Enteng Tanamal, Pengerusi Lembaga Hakcipta Indonesia berkata tindakan menyaman Malaysia tidak akan berjaya kerana tiada siapa yang tahu penulis sebenar lagu tersebut dan Malaysia boleh lah teruskan menggunakannya sebagai lagu tema kempen pelancongan Malaysia. Menteri Kebudayaan, Seni dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim turut menegaskan bahawa bahawa lagu Rasa Sayang dan lagu-lagu lain seperti Jauh Di Mata, Burung Pungguk dan Terang Bulan adalah lagu dari gugusan Kepulauan Melayu yang diwarisi sejak nenek moyang kita lagi secara turun temurun.
Isu ini telah tamat apabila kedua-dua kerajaan sudah bersetuju bahawa Lagu Rasa Sayang merupakan milik warisan bersama bangsa Melayu, Indonesia dan Malaysia.[The Star]
Namun begitu saya tidak setuju dengan kenyataan berita Indonesia yang menyatakan:
Malaysia Akhirnya Akui “Rasa Sayange” Sebagai Milik Bersama
Dari kenyataan akhbar ini seolah-olah memberi maksud bahawa Malaysia yang menuntut hak terhadap Lagu Rasa Sayang, dan melarang negara lain menggunakan lagu ini sedangkan kerajaan Indonesia yang menuntut hak terhadap lagu tersebut dan menyatakan akan menyaman Malaysia kerana menggunakan lagu tersebut. Tidakkah tindakan ini yang menunjukkan Lagu Rasa Sayang milik negara mereka sahaja dan bukan milik bersama. Pada pendapat saya tajuk akhbar ini patut diubah kepada:
Indonesia Akhirnya Akui “Rasa Sayange” Sebagai Milik Bersama
Pendapat anda pula bagaimana?

Kalau betul pun hak mereka, ia hanya lagu … tapi mereka-mereka yang masuk secara haram tu… bila masuk .. tak mintak izin pun.
azwan’s last blog post..Using MyOpenID With Blogger
lepas nih hang akan dapat berduyun-duyun traffik dari indonesia. siap sedia laa…
Ada la yang dorang marahkan sangat tu.
Maybe pekerja Indonesia kat sini terasa di tindas kot.
Kita serumpun.
Apa perlunya pertelingkahan..
Ayie’s last blog post..Link Exchange Tips
he he hee..Hang ready jer lepas nih.. Banyak ler makhluk2 pelik masuk dari….:)
Overclock’s last blog post..Fast Update: Skandal budak sekolah.