Port Dickson Trip

Shaz Shaz Experience


Wah..sudah lama saya tidak menulis sebarang entri di blog ini..ini semua disebabkan kesibukan yang amat sangat telah melanda diriku ini..hehe..lama tidak menulis tetiba hari ini hati saya tergerak untuk menulis sesuatu di blog tercinta ini..

Dua minggu yang lepas, saya dan rakan sekelas telah pergi berlibur ke Port Dickson. Sebenarnya trip ini sudah lama dirancang sejak bulan lalu tetapi memandangkan kami terlalu sibuk dengan assignments, maka rancangan ini terpaksa ditunda sehinggalah tarikh 01 Mac 2008. Kami berjanji untuk berkumpul di fakulti pada jam 7.30 pagi sebelum berkonvoi ke Port Dickson beramai-ramai.Tetapi biasalah janji Melayu.Janjinya jam 7.30 tetapi jam 7.15 baru bangun dari tidur yang nyenyak..alahai.Jam 9 barulah rakan kami tiba dengan muka tersengih-sengih seperti kerang busuk kerana terlewat sampai.Katanya terlewat bangun.Alahai..Maka perjalanan diteruskan tepat jam 9.30 pagi sebaik bacaan doa dibacakan oleh rakan kami, Najib. Kami berkonvoi sebanyak 3 buah kereta iaitu Myvi, Proton Wira dan Hyundai Accent. Saya, ita, nurin, adah dan pija menaiki kereta Hyundai Accent milik rakan saya, yb memandangkan kereta tersebut agak besar berbanding 2 buah kereta yang lain.

Maka berkonvoilah kami ke Port Dickson diiringi oleh hujan yang agak lebat ketika di Bangi tetapi mulai reda setibanya kami di Nilai. Walaupun hujan, namun kami tetap bersemangat untuk meneruskan trip kelas kami ini memandangkan pelbagai persiapan sudah diatur oleh Ketua Pengarah kami.hehe..Lebih kurang 10.30 pagi, kami tiba di Port Dickson.Niat di hati ingin melawat Muzium Tentera Darat tetapi sejurus kami tiba di muzium tersebut, dilihat terlalu ramai anggota tentera berkawal di seluru jalanraya menghala ke muzium tersebut. Rupa-rupanya hari itu, 1 Mac 2008 merupakan Hari Tentera Darat. Maka semua pegawai-pegawai tertinggi angkatan tentera akan datang untuk menyaksikan upacara pertauliahan yang berlangsung berhapiran Muzium Tentera Darat itu. Terpaksalah kami membatalkan niat kami untuk melawat muzium tersebut.
Perjalanan diteruskan sehingga kami tiba di tempat perkelahan kami. Hujan rintik-rintik tidak menghalang niat kami semua untuk bersuka ria pada hari itu.Terus khemah didirikan, tempat untuk barbeque disediakan dan pelbagai acara sukaneka diadakan. Kami tidak mengambil masa yang lama untuk memasang khemah dan khemah tersebut berjaya didirikan dalam masa kurang 15 minit. Rakan-rakan saya yang sedari tadi tidak sabar untuk terjun ke dalam air terus berkejar-kejar ke pantai dan mandi-manda.hehe..Alhamdulillah, cuaca selepas itu semakin baik dan berterusan sehingga ke petang.



Kami membakar ayam, sosej, sotong, burger dan jagung untuk dijadikan santapan pada hari ini.Walaupun hanya itu yang sempat kami sediakan, namun kami semua merasa sungguh gembira dan excited memandangkan ini adalah kali pertama kami mengadakan aktiviti untuk course kami. Selesai makan-makan, kami terus ke pantai untuk memulakan permainan. Permainannya sungguh menarik iaitu isi air dalam botol, tiup gula-gula dalam tepung dan membina istana cinta daripada pasir. Kedengaran sungguh kebudak-budakan tetapi ianya mengingatkan kembali kami kepada zaman kanak-kanak dahulu.Kami sangat enjoy dengan permainan tersebut walaupun kumpulan saya hanya mendapat tempat kedua dalam keseluruhan permainan.Hehe..


Tiba waktu yang ditunggu-tunggu.Kami tidak melengahkan masa lagi dan terus terjun ke dalam pantai untuk mandi-manda. Bermain bola di dalam air dan pertandingan renang diadakan semasa aktiviti di pantai. Kemudian kami didatangi abang-abang banana boat yang menawarkan kami untuk menaiki banana boat tersebut. Memandangkan harganya yang agak mahal dan mungkin dirasakan tidak berpatutan dengan jarak mengelilingi seluruh pantai itu yang agak dekat, maka cuma saya dan 7 rakan yang lain yang mahu menaiki banana boat tersebut. Rakan-rakan lain tidak berminat dengan tawaran tersebut dan meneruskan mandian mereka di pantai. Saya sangat takut ketika mula-mula menaiki banana boat tersebut kerana kami akan diterbalikkan di tengah-tengah pantai apabila bot tersebut mengelilingi pantai. Saya fikirkan kemungkinan lemas dan macam-macam lagi walaupun kami dilengkapi dengan jaket keselamatan. Tapi saya beranikan diri dan menaiki banana boat tersebut. Kami dijatuhkan sebanyak 2 kali di tengah-tengah pantai tersebut dan sewaktu kali pertama dijatuhkan, saya tidak sempat bersedia dan apabila tenggelam ke dalam air, maka air masin pantai itu menjadi santapan saya.Alahai..


Selesai dengan banana boat, saya meneruskan mandian bersama rakan-rakan yang lain. Cuaca yang semakin terik menjengah tengahari menyebabkan kulit muka saya kelihatan sangat kemerah-merahan kerana berjemur. Usai mandi manda, sekitar jam 4 petang kami mula naik ke darat dan berkemas-kemas untuk pulang ke UKM. Khemah dilipat, sampah dibersihkan dan makanan yang tinggal habis ‘dilantak’ oleh rakan-rakan lelakiku yang mungkin kelaparan selepas berendam terlalu lama di dalam air.Hehe…Jam 5.30 petang kami bergerak pulang ke UKM dalam keadaan yang sangat letih tetapi gembira. Diharap aktiviti seperti ini akan diteruskan lagi pada waktu akan datang.

You may also be interested in...

You can leave a response, or trackback from your own site.

RSS feed | Trackback URI

7 Comments »

Comment by Aizat
2008-03-14 17:20:40

pic #4 tu shaz dengan gaya sangat tomey.. dengan life jacket..
bergambar dengan payung ek.. hehe hujan yer..
takpe lain kali boleh ajak saye ke muzium tentera darat..

Comment by afham
2008-03-14 22:31:54

entah bro.. ade ke??
airforce ade la.. hehe2..

Comment by Shaz
2008-03-14 23:34:29

emm..btol la kan muzium tentera darat kat port dickson tu?correct me if i’m wrong aizat..hehe

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by zaki blogjer
2008-03-14 20:10:24

Kat mana muzium tentera darat? Sungai besi?

Comment by Shaz
2008-03-14 23:33:09

nope..bukan kat sungai besi..kat port dickson la..tapi tym ktorg pergi hari tu,ada pentauliahan kot..so tak dapat la nak masuk muzium tu..

 
 
Comment by Aizat
2008-03-15 16:47:54

Nampak nye semua dah keliru..

Memang betul yang kat POrt Dickson tu muzium Tentera Darat..

Kalau nak cakap muzium tentera udara kat sungai besi tu tak yah lah sebab Shaz dah pernah ke muzium tentera udara kat sungai besi tu…

 
Comment by aria ayumi
2008-03-20 05:27:42

waaa nampak cam best je naik banana boat tu… dijamin selamat tak? tak terbalik?huhu

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post