Pulau Pangkor: Percutian Indah Tak Dapat Dilupa
February 7th, 2008 Aizat General, Shaz ExperienceAizat menghilang? Oh! tidak! Sebenarnya saya pergi bercuti. Untuk merehatkan minda. Saya bercuti ke Pulau Pangkor. Inilah catatan pengalaman saya sepanjang bercuti ke Pulau Pangkor minggu lalu. Mungkin juga boleh dijadikan panduan jika anda ingin bercuti ke Pulau Pangkor nanti.
Jumaat 1 Februari 2008
1500H - Saya bertolak meninggalkan bumi Sungai Besi. Tujuan saya untuk ke rumah abang saya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur meninggalkan beberapa barang yang tidak diperlukan seperti laptop dan pakaian. Dalam perjalanan, berjumpa dengan Shaz di Stesen STAR Tasik Selatan. Ke Pantai Dalam bersama Shaz. Kemudian, solat asar di rumah abang. Lepak-lepak dan jalan-jalan bersama Shaz di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Shaz nak cari tudung tapi tiada satu pon yang berkenan di hati.
1730H - Kami kembali ke Stesen STAR Tasik Selatan. Tujuannya untuk menghantar Shaz kembali ke kolej. Shaz akan kembali ke kampung halamannya di Kuantan, Pahang pada keesokkan harinya. Saya mengucapkan selamat tinggal dan maaf kepada Shaz kerana tidak dapat menemani Shaz esok sebelum dia menaiki bas untuk cutinya yang panjang.
1900H - Selepas melihat Shaz menaiki Komuter, saya pon menaiki tren menuju ke stesen Plaza Rakyat.
1930H - Sesampai sahaja di Plaza Rakyat, saya pon berjalan menuju ke Puduraya. Dalam perjalanan tu, terjumpa pula dengan kawan sekolah lama terpisah, Hanafi yang sedang study di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Dia hendak balik ke kampung halamannya di Muar, Johor.Kemudian, menunaikan solat Maghrib dan Isya’ di Puduraya.
2045H - Saya ke tempat berkumpul iaitu di suatu sudut di ruang makan dalam Puduraya. Lebih kurang 10 orang telah sedia menunggu disitu. Kami seramai 15 orang pelajar jurusan mekanikal aeronautik, upnm akan ke pulau pangkor untuk bercuti merehatkan minda. Tiket bas Konsortium dari Kuala Lumpur ke Lumut RM18.80 yang dibeli Sabtu lalu tercatat waktu nya pada 09.30pm. Makna nya ada lebih kurang 45 minit lagi sebelum bas berlepas.
2115H - Kami sudah turun ke platform bersedia untuk menaiki bas.
2230H - Bas dah sampai di platform tapi lepas sejam lebih tunggu diplatform barulah pintu bas dibuka dan kami serta penumpang lain dibenarkan menaiki bas.
2245H - Bas bergerak meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Lumut.
Sabtu 2 Februari 2008
0300H - Bas tiba di stesen bas Manjung, Perak. Kami turun di Manjung, bas meneruskan perjalanan ke Lumut. Kami turun di Manjung kerana rumah Pejal dan TJ lebih dekat dengan stesen bas Manjung berbanding Lumut. Kami berpecah. Kami akan bermalam di ruman Pejal dan TJ. Separuh ke rumah Pejal dan separuh lagi ke rumah TJ. Adik Pejal, Emi datang dengan motor 125z nya untuk mengambil Pejal. Kemudian, Pejal datang dengan Kia Sportage nya dan untuk menghantar separuh dari kami ke rumah TJ. Ayah TJ turut menghantar kami ke rumahnya. Aku ke rumah TJ. Kemudian yang separuh lagi ke rumah Pejal. Di rumah TJ kami disambut oleh oleh ibunya. Air teh susu panas telah terhidang. Minum dan bersiap-siap untuk tidur dan bersedia untuk perjalanan esok.
0630H - Bangun dan bersiap-siap. Mandi serta solat Subuh.
0800H - Sarapan pagi di rumah TJ. Nasi lemak, ayam goreng, hot dog, nasi goreng menjadi santapan kami pagi tu. Terima kasih kepada ibu TJ yang bersusah payah menyediakan juadah yang sedap-sedap tu.
0900H - Ayah TJ menghantar trip pertama ke Jeti Lumut iaitu saya, Cram, Usop dan Tango. Perjalanan dari rumah TJ yang terletak di Manjung ke Lumut mengambil masa kira-kira 20 minit. Kami sempat menangkap beberapa keping gambar sementara menunggu mereka yang lain tiba. Trip ke-2 pula tiba, Najib, TJ, dan Ady. Mereka yang tidur di rumah Pejal awal-awal lagi sudah ke Pengkalan Tentera Laut Lumut untuk mengambil ayam yang telah siap diperam untuk BBQ. Ibu Pejal mengusahakan kafeteria di Navy Base Lumut itu. Dia yang menyediakan ramuan untuk peram ayam dan ayam itu juga dibeli oleh ibu Pejal. Din sebagai AJK Makanan turut ke pasaraya di Lumut itu untuk membeli hot dog dan daging burger untuk dibakar malam nanti.
1100H - Semua sudah berada di Jeti Lumut dan menaiki feri ke Pulau Pangkor. Tambang feri RM 10 untuk pergi-balik dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor.

1140H - Feri tiba di jeti pertama di Pulau Pangkor. Pejal bersama adiknya turun disitu bersama motor 125z nya. Adik Pejal turut serta dalam percutian ini menjadikan 16 orang kesemuanya. Dia yang mensurvey chalet dan beberapa persiapan lain ke Pulau Pangkor ini.


1150H - Feri tiba di jeti kedua di Pulau Pangkor dan kami turun di jeti ini. Sampai di Jeti Pulau Pangkor kami terus memilih motorsikal yang telah ditempah. Terdapat perkhidmatan sewa motorsikal dan kereta. Juga terdapat perkhidmatan van. Van akan hantar anda ke destinasi yang dikehendaki. Sewa motorsikal sebanyak RM25 sebuah untuk sehari. Sebuah motorsikal boleh dikongsi 2 orang, jadi untuk bayaran motorsikal RM 12.50 seorang. 7 motosikal disewa untuk 14 orang manakala Pejal naik motorsikal sendiri bersama adik nya.



1235H - Kami tiba di DLima Chalet yang terletak di Teluk Nipah selepas mengharungi jalan yang sedikit berbukit, turun bukit naik bukit. Terdapat beberapa teluk di Pulau Pangkor ini yang menjadi tumpuan pengunjung, namun yang paling popular ialah Teluk Nipah. DLima Chalet menyediakan RM 48/malam untuk sebuah bilik. Kami menyewa 4 bilik dan setiap bilik dihuni 4 orang, seorang hanya perlu membayar RM12. Selesai urusan check in, kami solat zohor.


1430H - Kami berjalan-jalan ke pantai dan survey harga aktiviti-aktiviti seperti snorkeling, kayak, banana boat, jet ski, dan lain2. Kami memutuskan untuk snorkeling dan kayak sahaja dengan bayaran RM15. RM10 untuk snorkeling dan RM5 untuk kayak. Snorkeling dan kayak lah berapa lama yang anda nak. Petang itu juga kami snorkeling di pulau-pulau kecil berhampiran. Nasihat saya, bawalah sedikit roti untuk menarik perhatian ikan-ikan. Ikan-ikan ni memang tak takut orang. Kita tengok dia lagi dia datang dekat. Terdapat juga terumbu karang dan lain-lain lagi.

1700H - Dah tak larat snorkeling kami balik semula dan siap sedia untuk berkayak pula. Aku berkayak dengan Tok Moh. Mula-mula takut juga bila salah seorang kawan bagitau bila kayak dah terbalik susah nak naik. Tapi bila dah berkayak seronok pula. Sampai ke tengah kami berkayak. Memang sepatutnya kena berkayak hingga ke tengah sebab bila di tepi-tepi sahaja ombak lebih kuat dan tidak sesuai untuk aktiviti berkayak. Memang seronok sangat berkayak kerana inilah kali pertama aku berkayak. Memang ada di Sg Besi aktiviti berkayak, Amzar ada mengajak aku turut serta Kelab Kayak itu, tapi aku je yang malas. hehe

1830H - Letih. Selepas berkayak dan snorkeling. Kulit terasa macam terbakar. Selepas solat Asar, kami bersiap-siap dan panaskan enjin. Petang itu kami ronda-ronda ke seluruh pelusuk Pulau Pangkor itu. Habis kami keliling Pulau Pangkor itu dengan motorsikal yang disewa. Rasa rugi kalau tak jalan-jalan dan gunakan motorsikal itu sepenuhnya. Takkan nak ke chalet dan balik esok je guna motorsikal itu. Petang itu juga kami ke pekan Pulau Pangkor untuk membeli beberapa lagi barangan untuk BBQ malam itu seperti arang, air minuman, ais dan lain-lain

1930H - Selesai solat Maghrib, Mike mula menyalakan api untuk membakar arang. Aktiviti BBQ malam itu bermula. Tong drum separuh yang telah agak uzur itu dipinjam dari pemilik chalet. Termasuk beberapa peralatan dapur lain seperti pinggan dan dulang. Kami juga menyimpan makanan sejukbeku dalam freezer kepinyaan pemilik chalet itu. Antara juadah malam itu ialah ayam, daging burger, hotdog, dan ikan. Hujan renyai-renyai malam itu tidak sedikit pon membatalkan niat kami untuk meneruskan aktiviti BBQ



2330H - Semua makanan telah siap. Semua nya makan makanan yang telah disediakan. Kami sengaja tak makan tengahari tadi sebab memikirkan aktiviti BBQ malam ini. Semua puas hati dengan makanan yang disediakan. Memang sedap! Selepas makan cadangan nya nak jalan-jalan tepi pantai. Tapi kerana kekenyangan, mata pon dah berat, semua tertidur malam itu.
Ahad 3 Februari 2008
0700H - Aku terjaga, cepat-cepat solat subuh. Melihat Usop yang satu bilik dengan aku sedang bersiap-siap, berkemas untuk bergerak meninggalkan Pulau Pangkor. Dia perlu sampai ke USM Nibong Tebal pada petang ini untuk menghadiri kem pemilihan silat untuk sukan apa entah. Yang pasti peringkat kebangsaan. Farid dari bilik sebelah pon akan bergerak bersama Usop kerana Farid balik ke Kuala Lumpur sedikit awal. Farid akan pulang ke Kuantan pada malam nya bersama abang beliau.

0730H - Semua bergerak ke pantai teluk Nipah di Pulau Pangkor itu untuk mandi manda buat kali terakhir. TJ sudah bersiap dengan pakaian kasual, dia tidak berminat untuk mandi pagi itu, tetapi lebih berminat untuk menangkap beberapa gambar kami mandi pagi itu sebelum kami semua meninggalkan Pulau Pangkor. Kami dikejutkan dengan panggilan telefon dari Usop yang menunggang motorsikal bersama Farid. Motorsikal mereka menghadapi masalah. Rantai putus. Nasib baik mereka tidak begitu jauh. Own, Mape dan Mike pergi ke tempat Usop dan Farid. Usop dan Farid diberikan motorsikal lain supaya mereka dapat meneruskan perjalanan ke jeti. Mereka perlu sampai awal kerana tiket bas mereka lebih kurang jam 10 pagi. Own, Mape dan Mike menunda motorsikal yang telah putus rantai nya ke chalet. Boss cina perkhidmatan sewa motorsikal telah diberitahu mengenai masalah itu. Sebentar kemudian mekanik datang menggantikan rantai motorsikal yang telah rosak. Free of charge.


0800H - Kami seronok bermandi manda. Bermacam aksi terjun dilakukan. Gambar juga telah banyak dirakamkan.

0930H - Puas mandi. Kami bersiap-siap untuk pulang meninggalkan Pulau Pangkor. Motorsikal perlu dipulangkan kembali ke cina di jeti pada jam 1300H tapi oleh kerana masalah rantai putus itu kami diberi kelonggaran memulangkan kembali motorsikal pada jam 1500H. Peralatan BBQ semalam dibasuh dan dibersihkan sebelum dipulangkan kembali kepada pemilik chalet tersebut.

1030H - Tepat jam 10.30 pagi kami bergerak menaiki motorsikal menuju ke pekan Pulau Pangkor meninggalkan DLima Chalet Teluk Nipah. Tujuan kami ialah ke Kota Belanda ataupon Dutch Fort. Salah satu destinasi pelancongan di Pulau Pangkor ini. Kota Belanda ini merupakan kubu tempat orang Belanda bertahan jika diserang orang Melayu atau lanun. Kami juga tidak ketinggalan untuk singgah ke kilang membuat bermacam-macam jenis hasil laut. Saya membeli beberapa jenis keropok, keropok ikan, udang dan sotong. Selain itu, saya turut membeli ikan kering bulu ayam, sotong merah dan satay ikan madu. Di Pekan Pulau Pangkor, saya membeli beberapa cenderamata untuk keluarga, dan Shaz. T - Shirt Pulau Pangkor juga dibeli untuk adik beradik.

1330H - Motorsikal yang disewa dipulangkan kembali. Namun, sebelum itu, Jijo menggunakan kepakaran nya untuk mendapatkan semula minyak petrol yang lebih dari motorsikal sewa untuk diisi ke dalam motorsikal adik Pejal. Daripada minyak petrol itu dapat kat Cina tu baik kita ambil dulu. hehe. Nampak berbaris panjang orang untuk menaiki feri meninggalkan Pulau Pangkor itu. Berbeza bila kami datang pada hari Sabtu yang lalu, tak ramai macam ni. Mungkin Ahad ramai yang akan kembali bekerja esok nya. Barisan panjang itu tidak memberikan apa-apa kesan kerana feri yang besar itu boleh memuatkan ramai penumpang. Sekali feri datang, hampir separuh barisan dibawa kembali ke Lumut.



1430H - Naik feri dan tiba di jeti Lumut setengah jam kemudian. Mike dan Jijo sempat berbual-bual dengan dua orang pelancong asing dari Jerman. Mereka merupakan bekas jurutera tentera udara dan tujuan mereka ke Malaysia untuk membantu pembinaan radar milik Tentera Laut Diraja Malaysia.
1500H - Tiba di jeti Lumut. Masing-masing kelaparan kerana sejak pagi tak makan. TJ pulang terus bersama ayahnya yang telah sedia menunggu. Kami singgah makan di food court pekan Lumut itu. Terdapat banyak kedai menjual hasil laut di Lumut ini.
1600H - Najib terus tunggu di Lumut kerana bas nya pada jam 1700H ke Port Dickson. Mike, Tok Moh, dan Ady yang tinggal di Taiping, Ipoh dan daerah lain di Perak terus bergerak pulang ke rumah. Pejal dan adiknya pulang ke rumahnya di Lumut itu dan datang semula bersama Kia Sportage nya. Kami yang akan pulang ke Kuala Lumpur iaitu saya, napie, jijo, mape dan dindo tiket jam 1830H singgah dirumah Pejal untuk sembahyang dan mandi merehatkan diri. Di rumah Pejal kami dijamu dengan mee goreng dan keropok lekor.

1830H - Pejal menghantar kami ke Stesen Bas Manjung. 10 minit kemudian bas Transnasional dari Lumut tiba untuk mengambil kami. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dengan dengan seribu satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
2330H - Kami tiba di hentian bas jalan duta. Saya menaiki shuttle bas ke hentian bas puduraya. Kamudian pulang ke rumah abang saya di pantai dalam. Esok nya saya akan ke kampung halamana di Batu Pahat Johor untuk meneruskan baki cuti Tahun Baru Cina.
Percutian ke Pulau Pangkor selama 2 hari dan 1 malam ini memberikan pengalaman baru kepada saya. Ucapan terima kasih kepada keluarga TJ dan Pejal yang banyak bersusah payah bagi memastikan percutian ini berjalan lancar. Semoga course kita akan dapat bercuti lagi tahun depan.











aiyooo panjang… khusyuk am baca… so entry ni merungkai manala my best of the best top commentator menghilang yerk…
wah..kehilangan aizat mmg sgt dirasai oleh sume pembaca blog nie ek..hehe
yup.. pergi menghilangkan diri ke sebuah pulau jauh di laut china selatan.. hehe
wargh!! best nye…
geram seh!!
caya atau tak.. walaupun syia orang taiping perak..x melancong sesungguh lagi gi pangkor ni lepastu tak try lagi stay kat damai laut yang popular tu.. teluk batik pun usya2 gitu je.. ni jeles rase nak berjalan2 ni
syia sangat busy maybe.. sebab2 takde mase nak berjalan-jalan merehatkan minda.. saya takdelah bercelaru minda sampai nak direhatkan, tapi mase muda2 lag nak jalan-jalan g tempat orang.. ni first time saye sampai perak
perkh…bapak panjang…smua pic edit pakai gimp kerrr?
btw, pankor best tak??
aku skali habuk xpenah jejak pulau…hahahah…
tak bro.. xmampu lagi gune gimp.. baru belajar resize foto gune gimp.. hehe.. tapi windows aku makin teruk sampai dah takleh masuk.. tunggu 5 jam baru leh masuk kot.. slow macam siput.. siput pon laju
wallah!bestnye die gei holiday kt pangkor..jeles2..hehe
jeles? hehe takpe.. dah kawen nanti kite gie yer shaz bucuk!
Aduh kebetulan lak.. aku g pangkor seminggu sebelum ko datang. hahah camne sana best tak?? best kan.. haha so sapa yang tak g sana lagi baik pegi.. macam2 ada.
ni enty masa aku g pangkor http://dinzz.net/2008/01/29/aku-baru-pulang-dari-pangkor/
dan ni sume pic2 yang aku amek kat sana..
http://photoblog.dinzz.net/2008/01/29/pecutian-aku-di-pangkor/
huhu nengok pic bro dinzz nie memang aku aku dapat bayangkan dengan jelas kat mane tempat tu.. kat area mane dalam pulau pangkor tu..cantek pic2 ko.. aku ade 350pics kat pangkor yang tak sempat lagi upload..
Patut la lama tak nampak….bercanda di pulau.,..
dah lama gak aku tak pi teluk nipah dulu…
dan 15 tahun kot…
siap ada gambar pakai seluar pendek je…seksi
kesimpulan, ini boleh buat ebook la….ebook perjalanan enjoice aizat ke pangkor…
hehe boleh ape sekali sekala bawak anak2 dan isteri tercinta jalan2 picnic dan makan angin.. busy sangat keje kena relex juga sekali sekala
ok.. cadangan bro akan dipertimbangkan.. leh bagi free kat visitor blog ni.. ebook percutian aku kat pangkor
wah, bestnyer cuti2 ke pulau pangkor itteww.. dgn member2 lagi best kan 3x..
wah….bestnya gi pangkor. akak minggu ini lak nak turun pangkor dgn kwn2.
tak sabar dah ni. wlaupun dah byk kali gi tapi tak jemu2