Nokia N81 8GB and Sony Ericsson P1i :Part 2

Aizat General, Shaz Experience

Sabtu lepas 23 Februari 2008, kami ke Low Yat Plaza. Tujuan untuk survey harga handphone idaman kami. Shaz sukakan Nokia Nseries iaitu Nokia N81. Aku idamkan Sony Ericsson P1i itu kerana aku telah lama menggunakan Nokia, aku ingin rasakan kehebatan Sony Ericsson pula. Survey punya survey satu floor yang memang semua kedai jual handphone akhirnya ada satu tawaran yang menarik perhatian kami. Pada mulanya Shaz hanya mahukan Nokia N81 tetapi jurujual mengatakan tiada stock untuk N81, jadi Shaz pun bertanyakan Nokia N81 8GB yang ternyata lebih hebat lagi. Setelah berbincang dan tawar menawar dengan seorang jurujual cina yang sangat peramah itu, akhirnya kami bersetuju dengan harga RM1400 untuk Sony Ericsson P1i dan RM 1450 untuk Nokia N81 8GB.

Nokia N81 8GB adalah milik Shaz. Apa yang menarik nya ialah design handphone ni yang macam iPod dan juga saiz storage yang agak besar iaitu 8GB flash memory, cukup untuk menyimpan segala mp3, video, perisian, games malah boleh juga menyimpan beberapa movie. Saiz skrin sebesar 240×320 pixels dengan 16M colors dan seberat 140g, apabila anda pegang handphone Nokia N81 8GB ni, anda akan terasa kepadatan dan kehebatan nya. Handphone Nokia N81 8GB ini juga mempunyai processor ARM 11 369MHz dan operating system Symbian OS 9.2, Series 60 v3.1 UI yang mana kita dapat rasakan kelajuan nya memproses data berbanding handphone model Nokia yang lain.

Bluetooth, USB v2.0, GPRS, HSCSD, EDGE, 3G semua nya ada malah yang lebih menarik ialah Nokia N81 8GB ini dilengkapi dengan Wi-Fi 802.11b/g dengan UPnP. Boleh lah Shaz online bila-bila masa kerana fakulti dan kebanyakan kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia dilengkapi Wireless LAN. Nokia N81 8GB dilengkapi kamera 2Megapixels sebagai primary camera dan juga kamera hadapan sebagai secondary CIF videocall camera. Selain itu, Nokia N81 8GB dilengkapi dengan Stereo FM Radio. Warna nya cocoa brown, berkeupayaan stand-by sehingga 410 jam dan talk time 4 jam. Fungsi lain ialah Java MIDP 2.0, Push to talk (PTT) dan build in handsfree.Untuk spesifikasi lebih lengkap boleh rujuk GSMArena.

Sony Ericsson P1i adalah milik aku. Kenapa aku pilih Sony Ericsson? Sebab aku dah lama sangat guna Nokia. Dan aku rasakan aku mahukan sedikit perubahan. Sony Ericsson P1i merupakan evolusi dari handphone Sony Ericsson terdahulu iaitu Sony Ericsson P990i.

Saiz skrin sama dengan Nokia N81 8GB iaitu 240×320pixels cuma kurang sedikit color iaitu P1i mempunyai 256K colors. Walaupon 256K colors, Sony Ericsson mempunyai skrin TFT touchscreen. Mempunyai QWERTY keyboard (sebijik macam keyboard pc) dan juga handwriting recognition. Aku memerlukan sedikit latihan untuk menulis message dan notes.

Macam biasa menggunakan Memory Stick Micro (M2) 1GB seperti kebanyakan handphone Sony Ericsson yang lain, juga terbina di dalam ialah 160MB shared memory, 128MB RAM dan 256MB ROM. Bluetooth, USB v2.0, GPRS, HSCSD, 3G, dan Wi-Fi 802.11b untuk sambungan, yang kurang nya Sony Ericsson tidak mempunyai EDGE. Sony Ericsson P1i mempunyai kamera 3.15MP autofocus sebagai primary camera dan VGA camera untuk videocall. Ini merupakan kelebihannya berbanding handphone Shaz. Sony Ericsson P1i juga dilengkapi FM Radio with RDS (what is RDS?) dan built-in handsfree. Fungsi lain termasuklah Java MIDP 2.0, aplikasi office, organiser, RSS reader dan lain. Fungsi Business card scanning merupakan satu lagi fungsi yang amat menarik. Sony Ericsson P1i boleh memproses kad bisnes untuk dimasukkan ke dalam contact atau phonebook. Menggunakan Standard battery Li-Ion 112o mAh boleh stand-by sehingga 440 jam dan talk time sehingga 10 jam.Spesifikasi lebih lengkap boleh rujuk GSMArena

Beberapa gambar contoh dari Sony Ericsson P1i dengan mode micro dan normal serta document.

Shaz amat berpuas hati dengan handphonenya dan saya pon sama!

You may also be interested in...

You can leave a response, or trackback from your own site.

RSS feed | Trackback URI

31 Comments »

Comment by Hasbullah bin Pit
2008-02-27 02:37:22

rds tu text rasanya,
teks yang display nama saluran sebagai contoh “era”

Comment by Aizat
2008-02-29 19:47:00

yup betul tu En Hasbullah bin Pit.. bile dapat channel tu die automatik kuar name radio tu.. this is the same with kebanyakan radio kereta di malaysia..

 
 
Comment by Azhar Ahmad
2008-02-27 03:00:45

Aduhhh, saya jugak tak terbeli hanset lagih….

Comment by afham
2008-02-27 06:52:50

same ar kite…hoho.otai la bro..lom masuk gaji..dah ade barang baru.. :D

 
 
Comment by Shaz
2008-02-27 12:47:55

P1i aizat besh!touch screen lg..nk pinjam leh??hehe

 
Comment by kita
2008-02-27 17:48:36

fuhhhh..canggih tu…sekarang ni hp dan jadi komputer peribadi

 
Comment by KNizam
2008-02-27 23:11:57

hebat phone baru neh :)

Comment by Aizat
2008-03-05 16:27:16

puas hati gune sony ericsson..

 
 
Comment by zaki blogjer
2008-02-28 12:12:59

Dang, P1 price now dropped until RM1.4k. I bought P990i RM1100 6 months ago. Huhu. That time P1i is RM2k+++

Comment by Aizat
2008-02-29 19:49:52

yup.. my bro use this P990i and my P1i is the same system with P990i. Why dun u upgrade to HTC or Dopod bro? Earning banyak dapat dari blog.. hehehe

 
 
Comment by Hani
2008-02-28 19:56:50

N81 tak bulky ke?

Comment by Shaz
2008-02-28 22:48:43

bulky??maybe but i do really love N81!it suits me well..

 
Comment by Aizat
2008-02-29 19:51:19

not really bulky.. just fit enough with u palm.. really like the n81 8GB.. entertainment, games, complete all in one..

 
 
Comment by mmuurrllyy
2008-02-29 17:07:14

N81 look nice
awesome!

Comment by Shaz
2008-03-04 22:51:34

thanx!N81 memang sangat2 awesome!hehe

 
 
Comment by Azhar Ahmad
2008-03-01 14:38:05

Aizat, Just FYI, you won an Anugerah at Teratak Nurani. Check it out!!!

http://azharahmad.com/blog/2008/03/01/ada-kupu-kupu-terbang-dalam-hati-bahagianya/

Comment by Aizat
2008-03-05 16:28:03

yeah! just check it.. thanx for the info

 
 
Comment by dauz
2008-03-02 12:08:36

Assalamualaikum….
Saya guna Sony Ericson P1i memang best…Kalaua surf Internet guna wireless pun senang je…Laju gak…
Yang best nya sony nie kalau berbanding dengan Nokia adalah cameranya..Lebih nampak cool je sony nieh…
Cuma kalau nak pakai sony nie kena sabarlah…mula-mula memang agak nampak komplicated tetapi selepas kerap kali mengunakan ianya akan jadi mudah…

Comment by Aizat
2008-03-05 16:29:16

yup.. nie first time gune stylus.. seminggu jer dah oke.. hehe.. boleh cope.. type msg, note

 
 
Comment by catzer
2008-03-03 15:16:29

bestnya phone baru, aku mungkin akan tukar pda baru insya-allah kalau ada rezeki.Sbb aku rasa PDA nampak lebih sesuai dgn sikap geek aku ni :p

Comment by Shaz
2008-03-05 00:15:20

dh tuka hp jangan lupa tunjuk kat blog tau..hehe

 
Comment by Aizat
2008-03-05 16:32:28

kalo pompuan pakai lah yg slim n stylish..

 
 
Comment by Nyz
2008-03-14 10:23:10

Da lama x review pasal hp… best x N81 ni yerk..? saya tgh berkira2 nak ganti N73ME saya ni…. kalau ade sape2 yg nak rekemenkan model ape, jgn segan2 bg tau ye..

Comment by Shaz
2008-03-14 14:00:45

yep..N81 sgt best!hehe..wpun agak bulky tp kn bler pgg N81 rase cm mampat di tangan..sgt cool!hehe…kalo nk tuka hp amek la N81 gak..hehe..ataupun N95 or iPhone..sure gempak..hehe

 
 
Comment by phone_seeker
2008-03-21 20:14:36

Aizat, nak tanye, u beli kat mane sony P1i tu? boleh btau tak alamat and no. phone kedai tu? sebab i survey kat sony ericson shop harganya RM2288 utk P1i.
Reply me soon ok. Thanks bebyk.

 
Comment by rosey
2008-03-22 13:31:26

Aizat, nak tanye, u beli P1i with that price kat mana? Sebab semalam tanye dekat sony outlet, price utk P1i is RM2288. Apa alamat and no. phone kedai yg you beli tu? Reply me soon pls. Thanks

 
Comment by nasywa
2008-04-11 13:59:48

bgs jg tuh hp P1i…syang gw kagk pny doku, klo ada yg mo beliin leh jg…

 
Comment by nasywa
2008-04-11 14:02:50

bgs jg tuh hp P1i nya, syng gw kgk pny doku, tp klo ada yg mo beliin leh jg tuh…

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post