Attractive Russian Lady
Powered by MaxBlogPress  
Ukraine bride

Masalah Maxis dan Complaint :Part 1

Aizat Follow author on Twitter Local News
  • Stumbleupon
  • Google Buzz

Boycott MaxisSabtu yang lepas Shaz dan aku ke KLCC. Tujuan nya untuk menamatkan perkhidmatan Maxis Broadband yang bermasalah sejak tahun lepas tak setel2 tu. Pihak syarikat Ah Long pengutip hutang bawah Maxis asyik call aku suruh bayar bil sedangkan aku tak pernah nampak pon bayang modem Maxis tu.

Jejak kaki je kat Maxis Center tu aku blur tak tau nak ke kaunter yang mana. Sebab aku tengok semua orang sibuk dengan urusan mereka termasuk complaint servis Maxis yang memang tak bagus. Aku terus ke kaunter tertulis Reception. Beratur sebentar, tiba-tiba pak guard tegur tanya nak apa. Aku explain problem aku. Kemudian, dia suruh aku pergi kaunter Maxis Broadband. Beratur lagi! Pak guard yang berlagak macam pandai tu terus ke depan tanye kat orang yang jaga kaunter Maxis Broadband tu. Pak guard kembali kepada aku dan suruh ke reception semula. Adooi! Apa kes ni? Beratur balik. Sampai je turn aku kat kaunter Reception, pekerja Maxis bernama Steven Gerard tu pon tanya urusan aku? Aku start je cerita, tapi baru sampai separuh, tak habis lagi dia dah tekan satu button dekat dengan aku dan koyak kertas bagi aku nombor giliran. Pelik aku! Aku agak mungkin dia tak paham aku cakap apa sebab tu dia terus ambil nombor giliran untuk aku.

Kejap je tunggu, then aku dipanggil ke Kaunter 6. Ada seorang chinese guy, nama dia aku tak ingat. Dia tanya apa masalah? Aku pon keluarkan bil Maxis Broadband yang ada masalah tu. Explain kat dia sikit, then dia check semua dan lama gila aku tunggu. Lastly dia beritahu dalam bahasa omputih, saya dah buat laporan dalam masa 7 hari akan ada orang call beritahu statusnya. Nada dia beritahu memang garang. Unfriendly langsung. Aku yang agak kurang faham biarkan Shaz je cakap dengan dia. Selepas itu Shaz dan aku pon meninggalkan Pusat Maxis itu.

Jalan beberapa tapak, aku terfikir. Apasal nak kena tunggu lagi. Aku bukan ada masa nak datang lagi, hujung minggu aku bukan hanya untuk ke Maxis Center yang tak friendly itu. Aku nak terminate je perkhidmatan yang aku tak pernah guna tapi bil datang je tu. Aku pon berpatah balik dan terus aku menuju ke chinese guy tadi. Aku tanya dia kenapa you tak boleh terminate je akaun ni? I tak pernah guna pon. You ingat I takde kerja, duduk goyang kaki kat rumah jer? You nak tunggu apa lagi. Itulah antara ayat-ayat aku yang menyebabkan semua mata pandang pada aku. Chinese guy yang tadi nya garang dan unfriendly terus jadi takut. Muka jadi merah. Kalau diikutkan hati memang dah ringan je tangan aku tadi nak bagi dia barang sepenumbuk dua. Tapi mujur kesabaran masih tinggi. Lagipon ada lebih kurang 2-3 orang pak guard kat situ.
Melihat kan aku yang tiba-tiba jadi garang tu, dia pon explain, tak habis dia cakap aku dah potong. Lama-lama aku cool down. Sebenarnya aku tak puas hati dengan dia dan Maxis. Sebab:

1) Aku daftar Maxis Broadband 2006, janji sebulan akan dapat modem, tapi 3 bulan tak dapat lagi. Aku call Maxis Center tanya kenapa tak sampai-sampai modem? Sedang proses apa jadahnya, bil tiap bulan sampai dah dekat RM400, modem nya tak sampai-sampai. Bengang betul aku. Aku apply baru kat PC Fair terus on the spot dapat modem tu. Sebulan lepastu baru ada orang call kata nak pasang modem. Aku pon cakap lah dah ada. Yang tu nak cancel. Tak jugak cancel. Aku pelik macamana aku boleh dapat bil sedangkan perkhidmatan aku tak guna lagi.

2) Aku tak puas hati dengan chinese guy tu sebab aku cakap dalam Bahasa Malaysia, dia balas balik cakap Bahasa Inggeris. Apa? Dia ingat aku ni tak paham bahasa inggeris?

3) Lagi satu aku tak puas hati dengan chinese guy tu sebab dia sangat tidak friendly mula-mula tadi.

Cukup kisah Perkhidmatan Maxis yang sangat tidak memuaskan itu. Kat Sungai Besi ni selalu je Maxis tiba-tiba takde coverage. Pelik! Perkhidmatan SuperSaver pon dah tak saver. Hanya penipuan oleh Maxis. Gunalah Celcom!

Lepas KLCC, aku dan Shaz ke Low Yat Plaza melalui Putra ke Masjid Jamek dan tukar Star ke Hang Tuah. Tujuan nya nak survey harga handphone idaman kami. Kami bercadang nak beli handphone baru sebab nak masuk bulan 3 ni, ada perkara menarik tentang bulan 3 antara aku dan Shaz. Kami pon ke 1st floor yang memang khas untuk handphone dan aksesori.
Rasa nya tak menarik nak taip lagi kat sini. Mari kita ke episod seterusnya melalui sini.

Tak lupa juga, aku dan Shaz makan KFC hari Sabtu itu dan ada promosi dapat Mug KFC yang amat menarik perhatian aku. Hidangan Celebration Combo sempena menyambut ulangtahun KFC ke-400 dengan harga RM11.00 lebih anda akan dpaat satu Mug KFC yang sangat comel. Hidangan Celebration Combo ini sama dengan Hidangan Snack Plate biasa yang berharga RM8.90 itu. Mug tu macam kat bawah ni. Cepat ke KFC!
Mug KFCMug KFC


Related Contents
Sponsors

This entry was posted by Aizat on Tuesday, February 26th, 2008 at 11:20 pm and is filed under Local News.

24 Comments to “Masalah Maxis dan Complaint :Part 1”

  1. shaz says:

    aizat sgt garang marah chinese guy maxis tu..tkt shaz…hehe..
    cute mug?nk pinjam leh?keke

  2. Azhar Ahmad says:

    Ahahhaha, dapat dibayangkan Aizat marah… Saya guna Digi Edge. Perkhidmatan pelanggannya amatlah puas hati.

    Kamu tahu kenapa saya beli Digi Edge?

    1. Sepanjang lebuhraya Malaysia ada Digi
    2. Tengah hutan (saya guna masa gi Gunung Ledang, dan Taman Negara Pahang) masih ada coverage! Digi tak tipu pasal coverage sampai kat Gua Mulu! Ada kawan dah guna.
    3. Dekat kampung, ada Digi Edge!
    4. Coverage digi mengampiri 70% kawasan di Malaysia
    5. Disebabkan Digi guna Edge, dan orang lain berlumba-lumba guna 3G dan Broadband, connection amat memuaskan hati.
    6. Dengan RM 99 sebulan, dapat dua sim card data. Boleh Aizat amik satu, shaz amik satu…

    Adehhh dah tak terulis… banyak sangat…

    lagi satu, kalau connection breakdown, call centre, within 3 minutes dah boleh tersenyum Eh ada lagi, kalau ada masalah kat pencawang, Digi Centre akan call bagitau, within this time to this time, takde coverage…

    Adeh… Bersamamu….

  3. afham says:

    so..abis tue..ko bayar tak maxis broadband tue..masalah2..celcom broadband cam ne.. ok ke… ko ade ngar pe2 cite?

  4. am says:

    keji… am pun pernah gak… maxis ni.. am report dalam fon.. masalah pasal am tak boleh check balance cimb melalui easy access.. dia cakap cimb ada masalah dengan server dan akan ok dalam masa 2 hari… lepas 2-3 hari am still tak boleh check so.. tapi dia dah hantar sms yang suruh nilaikan tahap service dia dari 1-5… am bagi markah 1.. pastu dia call balik tanya kenapa bagi 1 jer… mrasa la jawab kan…

    patutnya dia call am dulu cakap kalau service tu tak ok lagikan… ni tak main hantar jer suruh nilaikan… mendapatla jawabnya…

  5. zaki blogjer says:

    Aizat, you better make a formal complaint against Maxis. Read my post below and get the screen shot of what choices you have

    I used to note down the name of the person that talk to me . I won’t let them go away easily. Give them a lesson and made their life terrible!! hehehe

    http://www.blogjer.com/2007/09/22/do-you-have-any-problem-with-your-telecommunication-services/

  6. Shaz says:

    semalam,shaz de problem dgn maxis broadband..rasanya dah byk kali call centre die tanye psl mslh connection kt ukm ni..kate high speed area tp hampeh!malam je mesti connection damn!call punye la banyak kali baru nak angkat..maxis ni mls keje ke ape..dah call then suruh off modem la ape la..still tak boleh..and tanpa segan silunya shaz tros sound la staff die tu..”u know what?maxis service is getting worse now!”terdiam si operator itu..tros mintak maaf la ape la..maxis sgt DAMN TERRIBLE!!!!

  7. Aizat says:

    yup.. aku memang dah lame intai2 digi nie.. bile tengok coverage EDGE die kat Batu Pahat ade kat Kuala Lumpur pon ade.. Sangat best.. mungkin aku boleh apply nanti bile aku dah langsung takde internet. Sekarang aku guna Jaring Wireless Broadband dan internet universiti..

  8. Aizat says:

    tak bayar pon.. yang lagi satu maxis still gune and dibayar tepat pada mase

  9. Aizat says:

    bagus am.. bagi je feedback yang teruk.. kadang2 dorang nie memang dah naik kepala.. kite bayar tapi servis teruk..

  10. Aizat says:

    i have extract the information from the screen shot on your post. thank u bro for the help.

  11. CradleOfFilth says:

    Lain kali ajak la gua pi Maxis Centre…gua memang suke taruk2 orang ni..mai tgk gua sembur depa satu kali macamane… :)

  12. deennasour says:

    hahaha..kat sarawak mmg kuat coverage digi…tu yg aku pakai,
    sampai kat selangor ni, dok kat sini, digi aku still ok dari maxis dan celcom,
    picnin kat ulu yam,
    kwn yg pakai maxis and celcom, kat kaki bukit terus tak ada coverage,
    aku guna digi, elok2 sms mak aku..ngehe

  13. beduz says:

    sekarang saya pakai celcom broadband. perkhidmatan dan line dia memang puas hati. saya pakai pakej 7.6Mbps dan bayar bulanan rm98. ni untuk free kontrak.

  14. catzer says:

    Maxis mmg problem sesgt skang ni,sib baik aku tak apply hari tu sbb dia tak cover tempat aku dok masa tu. :p

  15. Shaz says:

    yep..ramai jugak kwn2 survey psl celcom broadband nie..maxis skrg teruk la..geram sgt..huhu

  16. Shaz says:

    shaz apply maxis nie pun sbb kat hostel tak ade internet connection even wireless pun..huhu..tup tup skang maxis bwat hal yang maha menyusahkan.kalau call centre die pun susah sangat2 nak reach diorang..semua malas keje kot..hampeh la maxis!

  17. peceng says:

    aku pun nak comment jugak kat maxis nie,pada yang bernama ram (Collection Department maxis).bila bercakap dengan customer biar berbudi bahasa,jangan main terjah jer.kalau dah tahu orang tak dapat bayar bill.kena tahu apa masalahnya.cakap elok2 dengan customer.ini tidak..cakap macam maxis tu dia yang punya..sedarlah sikit..awak tu perkerja am jer..tak payah nak berlagak macam kerja tu bagus sangat..nie nak bagitahu boss2 yang kerja kat bahagian tu..ram tu patut diberhentikan kerja..dah banyak sangat complaint dari customer..band terus dari dia berkerja dengan maxis..kalau macam nielah perkerja maxis..sampai bila2 maxis akan busuk nama…customer tak rugi…tapi disebabkan ram punya perangai tu..sampai bila2 maxis takkan maju..so..peringatanlah nie yer en.ram..berbudi bahasalah dan fahamilah apa kehendak customer…

  18. Aizat says:

    kadang2 memang macamtu lah orang yang tak sedar diri. berlagak je lebih. lain kali kalo ade sape2 tak puas ati kat orang maxis ni kite amek gamba die n publish kan sebagai pekerja paling terok.hehe

  19. [...] Yesterday, 25th May 2008, I went to the Maxis Center at KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur to ask about my problem regarding the Maxis Broadband Service. If you don’t know what the hell I talk about, then you should read this post: Masalah Maxis dan Complaint :P art 1 [...]

  20. FAridah says:

    pasal maxis perkhidmatan yang sediakan super sver.. Dah cnfm jumlah cradit yang diambil… tapi tiba-tiba credit lesap dimakan. Mengape berbohong….!!!

  21. nini says:

    kat cni i nak komen pasal super

  22. shah says:

    nk mengadu sal nape tibe2 msg kene smpai 20 sen 1 mcg…padahal sy pkai youth club ag 2…

  23. miedi says:

    maxis cam taik lor….. dorang slalu pekena pelanggan and mereka suka ubah syarat perkhidmatan ikut suka hati mereka. maxis patut kena band dah ni. dorang hanya menyusahkan. sakit hati btul.

  24. Xsuka Maxis says:

    maxis mmg mcm haprak….aku dri dulu xsuka lgsg p’khdmatan dorang..nak call pon chrge mahal.. better u all guna celcom la..amat puas hati.

Leave a Reply