Aku Kena Tag

Aizat General

Tag ini adalah dari syahid_zul dari http://melayubuntu.blogspot.com . Dikehendaki menyenaraikan 7 perkara pelik yang pelik tentang saya.
Inilah perkara-perkara pelik tersebut. Harap dapat diterima.
1. Saya Masuk Askar
Perkara ini memang sangat pelik kerana sejak dahulu kala zaman datuk nenek saya lagi tiada keturunan saya yang menyertai bidang ketenteraan ini. Saya lah pelopor yang menyertai tentera kerana semangat saya ingin berjuang mempertahankan negara. Tambahan pula di sekitar kawasan perumahan saya tiada siapa yang berkhidmat sebagai anggota tentera. Mungkin usaha saya ini sebagai satu fardhu kifayah.

2. Penyakit Ganjil Saya Bila Berada di Bumi Melaka
Ayah saya berketurunan Melayu berasal dari Telok Mas, Melaka manakala emak saya berketurunan Jawa berasal dari Pontian, Johor. Setiap kali tiba Hari Raya, kami sekeluarga pasti akan pulang ke kampung ayah di Melaka terlebih dahulu untuk berhari Raya. Setiap tahun itu jugalah saya akan ditimpa penyakit ganjil. Akibatnya pagi-pagi Raya dah gi jumpa doktor. Tapi doktor kata takde pape. Penyakit ni tak lah sakit, cuma pelik je. Saya masih boleh beraya. Adik beradik saya yang lain tak kena pon penyakit ni. Tapi saya seorang je yang kena. Namun begitu ia nya sudah tiada lagi sejak saya meningkat dewasa. Abang-abang saya cakap, saya memang tak boleh jejak kan kaki ke bumi Melaka. Sekarang sumpahan itu mungkin sudah terungkai.

3. Saya Pakai Songkok Senget
Sejak sekolah lagi apabila memakai baju melayu dan bersongkok, saya sering memakai songkok senget. Bukan disengajakan tetapi apabila saya memakai songkok tanpa melihat cermin memang dah tegak pada firasat saya. Tetapi apabila saya melihat cermin, senget songkok saya macam Tunku Abdul Rahman semasa melaungkan Merdeka! Perkara ini masih berlaku pada saya sehingga hari ini.

4. Jatuh Terkena Anggota Sama
Dulu semasa saya kecil, saya memang seorang yang nakal. Pernah saya terjatuh dan kepala saya terhantuk pada bucu pintu dan menyebabkan pendarahan yang teruk pada dahi saya. Saya tidak pasti sama ada saya menerima sebarang jahitan dari hospital ataupon tidak kerana saya tidak berapa ingat. Selain itu saya pernah beberapa kali jatuh dan dahi saya terkena tepat pada batu tajam, juga bekas yang sama saya terkena bucu pintu dulu. Adalah 2-3 kali jatuh kena mesti tempat sama kat dahi sehingga meniggalkan parut di dahi saya seperti Harry Potter.

5. Lahir Dah Ada Gigi
Perkara ni mungkin pelik dan mungkin juga tidak. Tapi dalam family aku memang aku seorang sahaja yang dilahirkan sudah mempunyai sebatang gigi susu yang kecil sahaja.

6. Saya Tak Suka Kucing
Erm.. Maybe ramai yang minat bela atau belai kucing tapi saya sangat tidak meminati kucing. Maaf kepada peminat kucing. Ini mungkin kerana sikap kucing yang ‘membuang’ di mana suka. Lagi pula bulu kucing adalah merbahaya kepada pesakit asthma.

Ada satu lagi kejadian pelik yang berlaku depan mata aku. Kejadian di atas ni masih tak pelik lagi, tapi di sini saya ingin bercerita satu perkara pelik yang bukan sahaja berlaku kepada saya seorang, malahan Shaz dan semua penumpang perkhidmatan STAR LRT menghala ke stesen Sri Petaling pada petang Ahad 22 Julai 2007. Kejadian ini memang tidak pernah berlaku sepanjang hidup saya sejak menggunakan perkhidmatan LRT (baru 3 tahun naik tren nie. hehe). Kejadian yang saya maksudkan ialah apabila tren yang saya naiki telah berhenti di stesen bandar tasik selatan dan pintu yang terbuka bukan pintu yang menghadap platform tetapi pintu yang menghala ke luar platform. Maksud saya kalau orang tu terus je keluar dari tren melalui pintu tersebut tentu dia sudah jatuh dan berada di atas landasan tren. Nak kata kelakar, kelakar gak, tapi dalam hati saya terdetik:

“apa yang agaknya pemandu/ataupon jurukemudi tren ni fikir. adakah dia fikir begini; kenapa takde orang turun kat tasik selatan ni? oh! patutlah. aku salah bukak pintu rupenya. hehe.”

inilah pintu tren yang agak pelik itu.

Kejadian ni memang pelik. Ni baru first time aku mengalami kejadian seperti ini. Driver salah side bukak pintu tren. kalau nak dikira dulu aku naik komuter pon ada mende pelik gak berlaku iaitu komuter mengundur patah balik. haha memang kelakar giler. nak pecah perut aku gelak. Apesal lah komuter nie patah balik?

Ok. seterusnya saya nak tag Shaz, another administrator of taszara.com

---> --->

You may also be interested in...

You can leave a response, or trackback from your own site.

RSS feed | Trackback URI

11 Comments »

Comment by am
2007-11-29 00:17:26

sungguh pelik-pelik ye pengalaman kamu… tak penah pulak jadi kat aku…

 
Comment by senyuman
2007-11-29 10:17:19

wah…ini betul2 pos tntg kepelikan. pelik habis…aku pn pelik bace crite2 ko….

 
Comment by Aizat
2007-11-29 19:47:57

haha.. memang pelik.. aku pon pelik bila ingat balik..

 
Comment by syahid_zul
2007-11-29 19:48:27

haha…memang pelik abes…7 perkara pelik dalam dunia..ekek..
ape2 pun thanks coz post entry nih…
:D

 
Comment by Shaz
2007-11-29 22:04:24

mmg pelik kn ape yg jd kt aizat??hehe

 
Comment by afham
2007-11-30 18:10:06

thanks sebab ade link!

 
Comment by aria-ayumi
2007-11-30 18:15:27

erm.. yang pelik tu kadang2 satu anugerah. spt kamu lahir dgn mpy sebatang gigi susu kecil :) dan kdg2 pelik itu satu kebetulan. spt kejadian ganjil ms hari raya kat mlk :)

 
Comment by nadzeem
2007-11-30 23:13:21

thanx 4 comin to my page yg ala2 semak jer tuh…
hehehe

salam perkenalan dari bumi kinanah..
::wink::

 
Comment by syahid_zul
2007-11-30 23:46:11

erm…btw, aci ke tag penulis dlm blog yg sama?
hehe…
saje provok..jgn marah aku aizat noo..haha

 
Comment by Aizat
2007-11-30 23:53:37

haha.. tak lah. tak marah. penulis lagi satu tu dah buat tag tu semalam tapi dia delete.
nak suh dia buat balik.

 
Comment by "eS@RLi"
2007-12-07 13:30:15

HyE AiZaT.. HeHeHeEe.. sUnGgUh pElIk.. pElIk BiN AjAiB.. AnYwAy tHiBuR BaCe.. :p

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post