Happy Ramadhan Al-Mubarak

Aizat Health, Tips

Kurma
3 Ramadhan 1429H. Sudah tiga hari kita berpuasa dalam bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Selepas pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh yang lalu, keadaan kembali tenang walaupun terdapat akhbar yang mendakwa bahawa pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh merupakan pilihanraya yang paling ganas dalam sejarah negara. Walaubagaimanapun semuanya telah selesai. Parti Keadilan Rakyat telah berjaya mempertahankan Parlimen Permatang Pauh.


Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, ada sedikit tips dan nasihat yang mungkin berguna untuk kita berkongsi bersama:

1. Beli barang keperluan dapur untuk bulan Ramadhan ini sebelum menjelang bulan Ramadhan supaya anda boleh menumpukan perhatian untuk beribadat dalam bulan yang mulia ini daripada sibuk berbelanja barang kerperluan dapur.

2. Kalau anda mempunyai masa tidur yang tidak tetap sepanjang tahun, inilah masanya untuk anda membuat perubahan masa tidur agar anda dapat bangun untuk solat subuh.

3. Puasa sunat dalam bulan Syaban (bulan sebelum Ramadhan) dapat membantu anda menyesuaikan diri dengan bulan Ramadhan.

4. Kurangkan menonton TV, sediakan semangat baru untuk Ramadhan. Lakukan aktiviti yang kreatif bersama anak-anak yang meningatkan mereka kepada Ramadhan seperti membaca buku cerita sejarah Nabi dan pengajaran.

5. Susun koleksi tape/CD anda supaya memudahkan anda mendengar nasyid, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan bacaan doa.

6. Rancang masa anda di rumah supaya seimbang masa untuk anda untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa seperti memantau masa belajar anak-anak dan masa untuk anda beribadat.

7. Sediakan pengangkutan untuk anda pergi dan balik dari masjid untuk sembahyang terawikh.

8. Sediakan bahan untuk masak seperti menyediakan sayur-sayuran supaya sedia untuk dimasak apabila diperlukan, potong bawang dan simpan dalam peti sejuk untuk memudahkan anda memasak semasa Ramadhan

9. Beritahu anak-anak supaya menolong anda melakukan kerja-kerja di rumah semasa bulan Ramadhan. Ajar mereka melakukan amalan kebaikan dan sedekah. Ingatkan mereka bahawa pahala membuat kebaikan dalam bulan Ramadhan adalah berlipat ganda.

Pengumuman: Taszara.com baru saja menerima seorang penulis baru iaitu Gestapo. Tunggulah kemunculan Gestapo dengan postnya.

You may also be interested in...

You can leave a response, or trackback from your own site.

RSS feed | Trackback URI

4 Comments »

Comment by Afzai Afandi
2008-09-05 12:21:07

cam best jer buah kurma tu… perkongsian berguna

Comment by afham
2008-09-05 23:32:43

salam bro..rejiMENTAL..

 
 
Comment by Shaz
2008-09-10 01:17:14

slmt berpuasa semua…post terbaru akan dtg xlame lg..hehe

 
Comment by rozitaredzuan
2008-09-10 01:38:21

Salam Ramadhan..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarrak kepada yang beragama Islam. Marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan kita di bulan mulia ini. Moga amalan kita diterima dan diberkati Allah swt.Insyallah.

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post