|
May 6th, 2008 | World News
Wah..lame betol saya tidak mengupdate blog taszara ini..ini semua disebabkan oleh kesibukan yang teramat sangat sepanjang hampir 3 minggu yang lalu..saya dan Aizat sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan akhir kami dan kini setelah hampir 3 minggu berkawan baik dengan buku dan berjaga malam akhirnya peperiksaan kami telah tamat!yeay! Aizat menduduki paper terakhirnya pada jumaat yang lalu manakala saya baru selesai paper terakhir semalam..barulah boleh bernafas rasenye..hehe…diharap kami berdua akan mendapat keputusan cemerlang bagi semester ini..amin. Saya akan pulang ke Kuantan pada jumaat ini dan sekarang sedang sibuk mengemas barang-barang memandangkan semua barang perlu dibawa pulang sepanjang cuti semester ini..Manakala Aizat sudah mula dengan semester pendeknya bermula semalam..bermakna Aizat akan menghabiskan cutinya selama 2 bulan ini dengan semester pendek dan belajar seperti biasa..So tiada cuti bagimu ye Aizat?hehe.. Ahad lepas saya dan Aizat telah pergi menonton Iron Man di Berjaya Times Square ..memandangkan kami akan berjauhan selama 2 bulan, so ianya bolehlah dianggap sebagai dating terakhir kami..waa sedeynye..huhu..anyway Iron Man sangat best!puas hati dengan jalan ceritanya yang menarik..dengan Iron Man yang boleh terbang2 lagi..so memang tak rugi la tengok cite nie..:-) Semester break will start very2 soon!enjoy the holiday yeah!
|
|