Complaint on Maxis is approching the climax

Aizat Shaz Experience


Yesterday, 25th May 2008, I went to the Maxis Center at KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur to ask about my problem regarding the Maxis Broadband Service. If you don’t know what the hell I talk about, then you should read this post:
Masalah Maxis dan Complaint :Part 1

My account statement is now has an outstanding balance RM1100.36. They need me to pay for that. Who do you think you are? I don’t even use your service and you ask me to pay? I can understand now why you becoming the top 10 richest peoples in Malaysia. Rompak orang dengan lesen.

Semasa saya datang ke Maxis Center sekitar February 2008, apabila saya tiba di kaunter untuk mengambil nombor giliran saya pon menerangkan dengan panjang lebar masalah saya, namun pekerja penjaga kaunter tu tanpa mendengar dan muka yang annoying terus bagi saya nombor dan suruh tunggu. Semalam pulak saya malas nak explain panjang-panjang sebab tau mereka takkan dengar saya cakap kat kaunter tu pendek je “complain maxis broadband”. Sibuk pulak dia nak tanya complain apa? then saya explain sedikit, bagi I/C check kate tiada rekod. Katenya ada rekod Prepaid sahaja. Takde rekod apa kalau bil tiap-tiap bulan sampai kat rumah. Tanpa berlengah terus ambil nombor giliran dan tunggu. Beberapa minit kemudian giliran saya.

Di kaunter lama jugak dia check, jawapan tak habis-habis kata tiada rekod. Akhirnya baru jumpa rekod. Kali pertama dulu saya datang mereka katakan kami akan buat sisatan tapi sampai sekarang tak dengar apa cerita bil makin naik. Saya geram dengan jawapan mereka yang berdolak dalih akhirnya saya ingin membuat laporan polis.

Saya ke Balai Polis Dang Wangi untuk membuat laporan polis. Semasa saya masuk keadaan Balai Polis Dang Wangi agak lengang, hanya kakitangan balai sahaja sedang sibuk melakukan kerja mereka. Sedang dalam proses membuat laporan, datang 1 pasangan suami isteri ingin membuat laporan kes ragut. Sebentar kemudian datang lagi 2 perempuan Cina juga ingin melaporkan kes ragut. Berhati-hati dengan peragut di sekitar Kuala Lumpur.
Police Report
Saya sungguh tidak manyangka rupa-rupanya dibelakang saya ramai yang menyokong, seramai kira-kira 1000 orang berarak dari kompleks membeli belah Sogo, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur ke Balai Polis Dang Wangi. Saya sangkakan mereka turut bersama saya, rupanya mereka dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ingin membuat laporan polis terhadap kes V.K Lingam. Teruja dengan keadaan di luar Balai Polis Dang Wangi dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang sedang berkawal di hadapan Balai Polis Dang Wangi. Saya sempat melihat Ketua Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan, En Md Zaman dan lain-lain di dalam Balai Polis Dang Wangi.

Apabila selesai saya keluar meninggalkan Balai Polis Dang Wangi, Saya dapat lihat wartawan dan wakil-wakil pihak media bersedia menunggu mereka keluar dari Balai Polis Dang Wangi untuk membuat sidang akhbar.

Saya bergerak ke Pusat Maxis KLCC sekali lagi pada jam 1600H. Kali saya terus ambil nombor dan menunjukkan panyata akaun kepada kaunter hadapan. Kata nya tiada rekod, ni apa pulak.

Di kaunter, saya menyerahkan salinan repot polis tersebut dan mereka membuka satu lagi kes baru untuk saya. Dulu dah buka kes, hari ni buka lagi. berapa banyak kes da nak buka. Ok fine, memang kerja anda, tapi kalau masalah ni tak selesai sampai sekarang anda tak pandai buat kerja. Penjaga kaunter nombor giliran pon jangan nak berlagak sebab kalau aku tak topup ko pon tak dapat gaji. Nasib baik dah bertukar ke Celcom 1+3 lebih jimat.

Juga saya telah membuat aduan ke Mr Darshan Singh, Pengarah Pusat Aduan Pelanggan Kebangsaan. Email saya telah dibalas dan sedang menunggu panggilan dari Mr Darshan.
Fomca Website
Adakah anda tahu? Terdapat satu ruangan untuk anda menyuarakan aduan terhadap Maxis di laman web Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA). Yang menariknya, hanya aduan terhadap Maxis sahaja yang disediakan dan tiada ruang untuk penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain. Adakah ini bermaksud perkhidmatan telekomunikasi lain adalah yang terbaik? Ya
Report and Conplaint Maxis
Sebelum terlupa, kali kedua saya datang dengan polis repot, terdapat seorang lelaki Cina yang menuntut wang nya dikembalikan tetapi kakitangan Maxis berdolak dalih mengatakan dia memerlukan masa sebulan untuk memastikan dia sudah memulangkan modem maxis dan barulah lelaku Cina tersebut boleh mendapatkan wang nya semula. Namun begitu apabila lelaki Cina itu meninggikan suara mahu berjumpa dengan Pengurus mereka, pengurus pon tidak berani keluar dan beberapa minit kemudian kakitangan Maxis memulangkan semula wang lelaki Cina tersebut dan mengtakan kami sudah dapat pengesahan bahawa Encik sudah memulangkan modem. Agaknya kalau tak tinggi suara, tak buat kecoh kat situ memang pihak Maxis mempermainkan kita dengan alasan dan dolak dalih.

You may also be interested in...

You can leave a response, or trackback from your own site.

RSS feed | Trackback URI

18 Comments »

Comment by Bentara
2008-05-25 13:14:06

Huhuhu… brutal Maxis ni eh… wa pastikan nanti wa balik M’sia wa tak jadi Maxis customer.

 
Comment by melayubuntu
2008-05-26 07:50:00

Hahaha…
ok. aku blacklist maxis mulai skrg…wakaka

 
Comment by WY
2008-05-26 13:23:06

Maxis memang x gune..Maxis perompak berlesen..Buang saja simkad Maxis anda,beralih la pada penyedia perkhidmatan yang benar-benar berkhidmat untuk anda…Lu orang pikiaq la sendiri!!

 
Comment by shaz
2008-05-26 22:22:28

maxis memang useless!connection tenet slow gler smpi brape kali kne kol complain..so skang tunggu je la ye maxis tu kol..kalo die kate kte kne byr gak bil tu kte bwk je gei mahkamah saman maxis..haha..rite aizat?

 
Comment by zaki blogjer
2008-05-28 18:51:33

Dah report dgn SKMM?

 
Comment by zamri
2008-05-30 15:32:42

Aku ni pakai maxis dari thn 2003 sampai skang. Nak tukar pakej baru pun tak boleh. Alasan pakej nih pakej lama. Aduihh.. Abis tuh buat ape la ko keluarkan pakej baru kalau aku tak leh nak tukar.. Sengal punyer MAXIS nih….. Lastly aku pakai DIGI abis citer coverage kureng tp murah, banyak diskaun… hehehe

 
Comment by catzer
2008-06-05 14:29:09

aku pakai maxis sejak thn 2000 kot..kekeke..Setakat ni aku takde masalah sbb pakai prepaid..tp 2-3 minggu ni cam haram maxis centre htr sms promosi bukan2…sms spammer sungguhlah.

Comment by Shaz
2008-06-10 16:40:14

haha..btol2..ari2 dpt sms ntah pape..promosi mcm2..menyemak btol..huhu

 
 
Comment by moolahking
2008-06-09 14:04:29

Maxis bodoh..!! Maxis SUCKS..!!! Dulu sebelum apply cakap speed laju giler.. Bulan pertama memang laju.. Masuk bulan kedua ketiga macam haram..!!!

Bile complaint, cakap coverage kat umah aku tak kuat.. Tapi dulu masa apply, cakap “lumah lu misti cover worr.. don’t wolly..”

Yang paling best, semalam aku pegi komplen, macha tu boleh cakap “Your house tak covered with HSDPA laa..You can cancel your connection but have to pay RM 200..”

Bodoh tak namanya tu?

Comment by Shaz
2008-06-10 16:38:35

same prob here..mase memule apply dulu punye la ckp ukm high speed 3G area..connection mmg laju la tp pas bpe bulan je connection slow gler!dh brape kali kol complaint n mcm2 alsn la maxis tu bg…huhu..maxis mmg sucks!haha

 
 
Comment by Moolahking
2008-06-14 05:56:37

Good news..!!

I’ve placed my report about maxis at Fomca and guess what? Guys from Maxis kelam kabut called me and ask to solve my problem. Hahahahaha.. Padan muka diorang..!!

Comment by Shaz
2008-06-14 16:04:55

haha..great!mmg maxis takut kalo dh libatkan Fomca..cm kes aizat gak, bler je aizat repot ngn Fomca baru la maxis kelam kabut kol aizat n mtk maaf mengaku mmg ktorg xsalah n finally kes ktorg selesai..maxis tu siap tanye camne aizat leh report ngn Fomca..haha..nape takut ke maxis oi?haha..

 
 
Comment by Ep
2008-06-24 04:25:01

Tu laa pasal.. Baru diorang kelam kabut nak solvekan problem.. Maxis pengecut..

Anyway, When you guys wanna come out with new post?

 
Comment by mmuurrllyy
2008-07-13 15:09:12

bro..pakai Celcom broadband..
masa aku berlayar kt laut pun boleh blog…
LOL
puas hati gak pakai Celcom walaupun mahal skit…

 
Comment by Kujie
2008-07-15 23:47:15

x pernah guna celcom
dulu² dlm thn 91guna 010 skrg 019

 
Comment by Hadisyia
2008-10-07 10:33:23

Aku mmg dah anti lama maxis ni.. tapi bini aku suka sangat pakai maxis ni. Itu pun bila buat call kena cari tempat… hehe.. cari coverage katanya

 
Comment by M.Faizal
2008-11-04 14:02:29

MAXIS memang SUCK!!!!!!!!Service NTAH APE -APE NTAH.SAKITNYA HATI AKU!!!!!!

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post