Archive for the ‘General’ Category

Cerita Hidup Kita

Wednesday, May 21st, 2008

Sekarang ni saya dalam mood macam lagu Kini Kau Tiada oleh Sarimah Ibrahim. Walaupon lagu ni dah lama tapi sampai sekarang aku suka.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan post yang ke-100. Tahniah! kepada taszara yang semakin banyak post walaupon sejak sebulan lepas jarang diupdate kerana saya sibuk dengan peperiksaan akhir.

Ada satu cerita yang ingin dikongsikan bersama. Kadang-kadang dalam dunia ni ada orang yang masih mencari-cari apa tujuan dia hidup dan ape matlamat dia hidup di muka bumi ini. Duit? Kebahgiaan? Ketenangan? Isteri cantik?
(more…)

5 Pertama Dalam Hidup Aku

Saturday, April 5th, 2008


Ucapan terima kasih untuk afham kerana telah tag saya tentang 5 perkara pertama dalam hidup saya. Saya pon dah lama tak buat tag. Jadi saya terasa ingin membuat tag ini walaupon lambat sedikit dek kerana kesibukan yang amat sangat.5 perkara pertama yang pernah berlaku dalam hidup ini ialah: (more…)

4 Years and Still Counting

Sunday, March 2nd, 2008

Bila saya imbas kembali 4 tahun dulu, Mac 2004, saya masih bersekolah dalam tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah berasrama di Negeri Sembilan. Dan masih segar dalam ingatan pada bulan Mac 2004 itu, sekolah saya bercuti selama seminggu. Dalam masa seminggu lah secara tidak disangka saya telah berkenalan dengan seorang gadis. Perkenalan bermula di alam maya apabila saya dengan slumber telah memberikan komen kepada gambar kenalan saya di Internet, Elaina, yang menyatakan hasrat saya untuk berkenalan dengan kawan nya di dalam gambar itu. Saya cuma bergurau dan tanpa disangka, komen saya disampaikan kepada kenalan nya itu. Saya pon mula berkenalan dengan A. Bermula dengan e-mail. Kami berbalas-balas e-mail dan selepas beberapa bulan kami bertukar nombor telefon. Pada waktu itu, telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa ke sekolah, saya hanya menggunakan telefon awam untuk menghubungi si dia. Saya seorang yang pemalu dengan perempuan kerana saya bersekolah di sekolah satu jantina je. Mungkin kerana sifat saya yang pemalu dengan teman berlainan jantina saya hanya berkawan dengan si dia hingga bulan Disember 2004. Itu pon masih malu lagi. Selepas peperiksaan SPM, saya mengambil keputusan untuk bertemu dengan nya di Kuantan. Mula-mula memang malu, maklumlah pertama kali jumpa. Dari Batu Pahat, Johor saya ke Kuantan, Pahang. (more…)

Nokia N81 8GB and Sony Ericsson P1i :Part 2

Wednesday, February 27th, 2008

Sabtu lepas 23 Februari 2008, kami ke Low Yat Plaza. Tujuan untuk survey harga handphone idaman kami. Shaz sukakan Nokia Nseries iaitu Nokia N81. Aku idamkan Sony Ericsson P1i itu kerana aku telah lama menggunakan Nokia, aku ingin rasakan kehebatan Sony Ericsson pula. Survey punya survey satu floor yang memang semua kedai jual handphone akhirnya ada satu tawaran yang menarik perhatian kami. Pada mulanya Shaz hanya mahukan Nokia N81 tetapi jurujual mengatakan tiada stock untuk N81, jadi Shaz pun bertanyakan Nokia N81 8GB yang ternyata lebih hebat lagi. Setelah berbincang dan tawar menawar dengan seorang jurujual cina yang sangat peramah itu, akhirnya kami bersetuju dengan harga RM1400 untuk Sony Ericsson P1i dan RM 1450 untuk Nokia N81 8GB. (more…)