Pay Your Bills Online - Safe & reliable Prepaid Visa Card. Easy online payment, pay all bills!
Powered by MaxBlogPress  
Ukraine bride

Aktiviti di Kala Cuti

Shaz Follow author on Twitter Local News
  • Stumbleupon
  • Google Buzz

Saya rasa terpanggil untuk menulis entri hari ini dalam Bahasa Melayu memandangkan kedua-dua entri Aizat sebelum ini iaitu Post Pangkor dan Tag ditulis dalam Bahasa Melayu. Sebenarnya entri ini hendak ditulis semalam tetapi kerana agak penat, maka ianya ditangguh sehingga ke hari ini. Dan masih tidak terlambat rasanya untuk saya ucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya.

Semalam, saya dan kawan-kawan mengadakan ‘reunion’ memandangkan kami semua belajar di Universiti yang berlainan. So bila cuti semester camni baru la kami berpeluang untuk jumpa semula. Semalam kami beramai-ramai bercadang hendak menonton Dunia Baru The Movie. Wah!Ramai sungguh orang beratur seawal pukul 10 pagi lagi untuk membeli tiket. Malam sebelumnya saya sudah try untuk reserve tiket tapi malangnya semua tiket sudah fully booked. Laris sungguh Dunia Baru tu.hehe..Nasib baik la kawan saya sudah setia menunggu kaunter dibuka dari pukul 10 pagi lagi.Maka kami pun berpeluang menonton Dunia Baru The Movie pada pukul 12.10 pm. Malangnya saya tidak dapat bersama lebih lama untuk reunion tersebut kerana parents saya ingin bergegas ke Kemaman pula selepas itu. Maka lebih kurang pukul 3 pm kami bertolak ke Kemaman. Niat di hati ingin melawat adik bapa saya yang tinggal di Kemamam sambil bersiar-siar ke Kuala Kemaman yang terkenal dengan keropok lekornya.

Lepas melawat emak saudara saya di Kemaman,kami sekeluarga bergerak ke Kuala Kemaman pula untuk mencari keropok lekor untuk dibawa pulang ke Kuantan. Setiba di Kuala Kemaman, emak sibuk mencari ikan segar untuk dibawa pulang juga. Tidak dinafikan, Kuala Kemaman adalah antara tempat untuk mendapatkan ikan segar.

adik bongsu ku

Selepas itu, kami bergerak pula ke gerai-gerai di sekitar itu untuk menjamu selera dengan sata dan otak-otak yang sangat terkenal di situ. Memandangkan semalam adalah hari cuti umum, maka semua kedai dipenuhi oleh pengunjung. Mujur la kami berkesempatan untuk merasa sata dan otak-otak di situ. Lebih kurang 10 malam kami tiba di Kuantan semula.

Petang tadi pula kami sekeluarga pergi ke Taman Gelora untuk berjoging. Agak seronok sekali-sekala pergi melakukan aktiviti seperti ini. Esok, saya akan kembali semula ke Kuala Lumpur kerana cuti semester sudah berakhir.


Related Contents
Sponsors

This entry was posted by Shaz on Friday, February 8th, 2008 at 12:53 am and is filed under Local News.

7 Comments to “Aktiviti di Kala Cuti”

  1. zaki says:

    leee….aku tak perasan yang blog ko nie english sebenarnya. Bila ko mention baru aku perasan….Takpe…sekali-sekala melayu apa salahnya…

  2. Aizat says:

    macmane rasa sata tu ek.. saya penduduk johor dan merupakan keturunan jawa baru first time dengar sata.. kalo hardisk sata tu tau jugaklah skit… hehe

    shaz jogging ek.. comeynyer.. :-)

  3. Azhar Ahmad says:

    Taman Gelora, anginnya, fuhhh sungguh kuat… Kuantan… nantikan kehadiranku….

  4. Pembebel says:

    Wei! Dunia baru? Lintang malaikat pat puluh aku x kan gi tengok! Hahaha.

  5. afham says:

    aku cuti demam la pulak..tensen toll!!

  6. shaz says:

    yep..taman gelora best sgt..angin sepoi2 bahasa..hehe

  7. shaz says:

    hey why not?dunia baru best!

Leave a Reply