Aduka Taruna: AdukaTaruna.Blogspot.com Penderhaka!
January 25th, 2010 Aizat Local NewsAduka Taruna atau nama sebenarnya Khairul Nizam yang merupakan penulis blog adukataruna.blogspot.com telah menulis di dalam blognya mengutuk Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar yang mangkat Jumaat lalu.
Setakat ini sebanyak 25 aduan polis telah dibuat ke atas Aduka Taruna dan blog nya adukataruna.blogspot.com atas tuduhan menhina institusi beraja. Perhimpunan untuk membantah tindakan menghina Almarhum Sultan Johor juga telah diadakan semalam di perkarangan istana. Polis akan bertindak menangkap Aduka Taruna dalam masa terdekat.
Aduka Taruna akan didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum menurut Seksyen 233(3) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara minimum setahun dan juga beberapa akta berkaitan institusi raja.
Permohonan maaf yang dibuat di blog adukataruna.blogspot.com juga jika diteliti, tidak melambangkan keikhlasan nya untuk meminta maaf. Cuma sekadar untuk mengelak dari dikecam dan dikenakan tindakan undang2.
Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia terutama nya rakyat negeri Johor supaya sama2 bertindak menentang tindakan aduka taruna atau adukataruna.blogspot.com yang dianggap telah mencabar kedaulatan institusi beraja.
aduka taruna
Related Contents | Sponsors |
|
| |
| This entry was posted by Aizat on Monday, January 25th, 2010 at 6:17 am and is filed under Local News. | |

