|
March 5th, 2010 | Local News
![]() Ibu Manga 'Bersedih' dengan pemergian adik Syafiah Humairah Adik Syafiah Humaira, 3, dipercayai mati setelah dibelasah teruk di padang bola oleh teman lelaki ibunya yang dikenali sebagai Abang Mat. Kejadian berlaku apabila Abang Mat yang panas baran dan marah kerana adik Syafiah Humairah lewat pulang ke rumah kerana menyaksikan perlawanan bola sepak. Adik Syafiah Humairah dibelasah, disepak terajang tanpa belas kasihan oleh lelaki yang tidak bertanggung jawab tersebut. Adik Syafiah Humairah dipercayai pernah didera sebelum ini kerana terdapat kesan lebam di badan nya. Nenek mangsa pernah melihat kesan lebam tersebut. Ibu mangsa, Siti Nor Hanim Aziz, 25 kelihatan sedih walaupon ada beberapa kenalan rapat memberitahu ibu mangsa sudah hidup bersama teman lelaki nya sejak suami nya, iaitu bapa Syafiah Humairah dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh. Bapa adik Syafiah Humairah, sedang menanti kedatangan lelaki yang mendera anak nya itu dan berharap mereka akan ditempatkan di penjara yang sama. Bapa adik Syafiah Humairah bakal dikenakan hukuman gantung.
|
|