30% - 70% off Patagonia, Arcteryx, Marmot and more now at Moosejaw.com
Powered by MaxBlogPress  
Ukraine bride

4 Years and Still Counting

Aizat Follow author on Twitter Local News
  • Stumbleupon
  • Google Buzz

Bila saya imbas kembali 4 tahun dulu, Mac 2004, saya masih bersekolah dalam tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah berasrama di Negeri Sembilan. Dan masih segar dalam ingatan pada bulan Mac 2004 itu, sekolah saya bercuti selama seminggu. Dalam masa seminggu lah secara tidak disangka saya telah berkenalan dengan seorang gadis. Perkenalan bermula di alam maya apabila saya dengan slumber telah memberikan komen kepada gambar kenalan saya di Internet, Elaina, yang menyatakan hasrat saya untuk berkenalan dengan kawan nya di dalam gambar itu. Saya cuma bergurau dan tanpa disangka, komen saya disampaikan kepada kenalan nya itu. Saya pon mula berkenalan dengan A. Bermula dengan e-mail. Kami berbalas-balas e-mail dan selepas beberapa bulan kami bertukar nombor telefon. Pada waktu itu, telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa ke sekolah, saya hanya menggunakan telefon awam untuk menghubungi si dia. Saya seorang yang pemalu dengan perempuan kerana saya bersekolah di sekolah satu jantina je. Mungkin kerana sifat saya yang pemalu dengan teman berlainan jantina saya hanya berkawan dengan si dia hingga bulan Disember 2004. Itu pon masih malu lagi. Selepas peperiksaan SPM, saya mengambil keputusan untuk bertemu dengan nya di Kuantan. Mula-mula memang malu, maklumlah pertama kali jumpa. Dari Batu Pahat, Johor saya ke Kuantan, Pahang.
Pertemuan pertama memang melucukan. Saya yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Kuantan terus ke Megamall Kuantan. First Impression bila jumpa, saya cuma terkejut kerana si dia sangat lah comel. Dia berjalan di hadapan 2-3 meter dan saya di belakang mengikut nya. Kenapa jauh sangat? Dalam hati, saya berkira-kira mungkin si dia kurang senang berjumpa dengan saya. Saya hanya mendiamkan diri dan mengikut sahaja si dia. Apabila selesa berjumpa, saya pon pulang kembali ke kampung halaman saya di Batu Pahat, Johor. Sampai di rumah, si dia menghubungi saya. Borak-borak, baru saya tahu kenapa dia jalan jauh di hadapan, rupa-rupanya dia malu dengan saya. hehe. saya faham. Pertama kali jumpa memang begitu.

Dalam bulan Januari 2005, saya telah dipanggil untuk temuduga kemasukan ke Akademi Tentera Malaysia oleh Kementerian Pertahanan Malaysia di Battalion ke-2 Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Sg Ara, Butterworth, Pulau Pinang. Seminggu di sana, saya berfikir ke mana hala tuju saya selepas SPM ni?

Keputusan SPM akan diumukan beberapa hari lagi. Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur terlebih dahulu saya memohon restu ibu dan ayah supaya saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Saya akan stand by di rumah abang di Kuala Lumpur kerana saya akan mengambil keputusan SPM di sekolah di Seremban. Sehari sebelum keputusan SPM di umumkan, saya lagi sekali bertemu dengan si dia di Kuantan. Sehari sebelum keputusan SPM diumumkan itulah kali ke dua kami bertemu. Kali ni kami tidak lagi malu-malu. Kami berharap agar kami sama-sama memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kami sama-sama berjaya.

Surat temuduga JPA untuk program akademik ke Jepun saya lupakan demi cita-cita saya dalam bidang ketenteraan walaupon tiada kaum kerabat saya yang menyertai Angkatan Tentera Malaysia. Semoga negara Malaysia aman dan makmur sentiasa.

Pagi ini apabila Shaz bangun dari tidur saya harap dia membaca post ini. Semoga hubungan saya dengan Shaz semakin rapat dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Saya bersyukur ditemukan dengan Shaz. Semoga jodoh kami berpanjangan.

Post ini ditulis demi memperingati hari ulang tahun ke-4 perkenalan saya dengan Shaz dan hari ulang tahun jubli intan Tentera Darat Malaysia ke-75.


Related Contents
Sponsors

This entry was posted by Aizat on Sunday, March 2nd, 2008 at 8:19 am and is filed under Local News.

31 Comments to “4 Years and Still Counting”

  1. Shaz says:

    happy 4th anniversary aizat..tak sangka aizat bwat post ni..bgn pagi terkejut baca post nie..hehe…semoga jodoh kita berkekalan hingga ke akhir hayat…amin..

  2. huhu..tahniah izat..dah tahun keempat rupanya..moga berkekalan ye..nanti jemput aku tau..nak tgk kawad pedang tu.. :D

    orang tua2 kata..malu tapi mahu :P

  3. Azhar Ahmad says:

    Bangga saya dengan kamu…. melepaskan pendidikan ke Jepun, untuk negara…

  4. afham says:

    HAPPY CELEBRATING DENGAN BERBASAH DI DEPAN PADANG..TENSEN..

  5. connie says:

    nk cakap tahniah jugak!

  6. Kak Jie says:

    Tahniah…semoga dilindungi Allah dan dipermudahkan segala urusan.

  7. ciputcedot says:

    Wahh dah 4 tahun rupanya! Congrats dan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.
    Bagosnye kamu sanggup lepaskan tawaran JPA sebab nak masuk tentera. Demi malaysia yang tercinta

  8. Dinzz says:

    saya tabik, tawaran jpa dilepaskan sebab nak kejar cita sebagai tentera. kau mmng hebat. tahniah atas ulang tahun ke 4.

  9. am says:

    wah… dapat pi jepun… bestnye… tahni untuk 4th anniversary… semoga kekalke jinjang felamin…

  10. Hani says:

    waaa…bila nak kawin?

  11. catzer says:

    Tahniah, tahniah..semoga cinta kalian berlanjutan ke jinjang pelamin dan hingga akhir hayat.

    Sayangilah sesama sendiri seadanya,dan juga kerana Allah.

  12. [...] itu aku ingin ucapkan tahniah pada couple blogger untuk ulang tahun ke 4 mereka, aduh bahagianya terasa PHD aku semakin membara. Maklumlah bukan [...]

  13. azwanhadzree says:

    so, bila lagi … bercinta sebeblum kahwin jangan lama-lama sebab bercinta selepas kahwin lebih indah …

  14. en_me says:

    me baru tahu, kalo keje askar, xleh nak kawin lebih dari sorang .. betul ker? uhuhu.. semoga berbahgia selalu korang berdua yek.. (me mohon maaf noo)

  15. Shaz says:

    thanx for the wish..:)

  16. Shaz says:

    thanx kak jie..semoga kita sama2 sentiasa dilindungi Allah..amin.

  17. Shaz says:

    haney..kawin??oops..lambat lagi la..still blaja lagi.hehe..insyaAllah kalau kitorang nak kawin nnti kitorang akan jemput haney..mst datang tau..hehe

  18. Shaz says:

    thanx catzer..doakan kitorang kekal sehingga ke akhir hayat..dan shaz pun doakan catzer ngan cik abang kekal sampai ke akhir hayat..nak kawen jangan dilupa kami di sini..hehe

  19. Shaz says:

    bila lagi?kena tanye aizat la..hehe..tak la..skang masing-masing tengah blaja..so kne tumpukan study dulu..dah abes study baru leh fikir kawen..hehe..tp kan shaz mmg slalu dengar orang kate bercinta lepas kawen lebih indah..ape maksudnye eh?emm

  20. Shaz says:

    thanx en_me…owh ye ke xleh kawen lebih dari satu?itu berita baik untuk shaz..ahaha..:P

  21. Aizat says:

    surprise! surprise… hehe takkan lah aizat lupa.. perkara paling bahgia dalam hidup ini. bersyukur sangat ditemukan dengan Shaz.. saya sayang sangat Shaz

  22. Aizat says:

    yups.. tuan pon same lah.. mesti jemput saya nanti.. sebab kemungkinan tuan yang lalu bawah pedang dulu.. :-)

  23. Aizat says:

    Saya telah pilih jalan yang saya suka. Sekali melangkah saya akan teruskan..

  24. Aizat says:

    Berbasah di depan pedang? hehehe..

  25. Aizat says:

    Kalau difikirkan sama je mana2 pon yang saya pilih. Saya lebih suka bidang ketenteraan.
    Thanx.. 4 tahun hubungan kami bertahan. Bahgianye!

  26. Aizat says:

    terima kasih.. Saya lebih suka bidang ketenteraan..

  27. Aizat says:

    yups.. semoga kekal ke jinjang pelamin.. doakan lah yer slalu

  28. Aizat says:

    memang susah nak kawen lagi satu dalam askar. tapi.. tak kesah lah sebab hati saya hanya pada Shaz.

  29. azwanhadzree says:

    Aizat …. bila nak kahwin?

    Bercinta sebelum kahwin, ada batas-batasnya .. :)

  30. zaki blogjer says:

    dh 4 taun eh, lama gak eh..

    Bercita nie banyak cabaran dan dugaan. Semoga tabah

  31. aria ayumi says:

    huwaaa. since skool lagik ke kapel ngan aizat? dasat2. lama dh tu. huhu. muga kekal lah ye… 4 tahun ukan ms yg singkat ;)

Leave a Reply